View: 5072|Reply: 0
|
Griezmann pertimbang bersara selepas Mbappe dilantik kapten
[Copy link]
|
|
Griezmann (kanan) dilaporkan mahu mempertimbangkan masa depannya selepas Mbappe dilantik kapten Perancis.
PARIS: Antoine Griezmann dilapor mempertimbangkan masa depannya bersama skuad kebangsaan Perancis selepas tidak dipilih menjadi kapten, menurut laporan hari ini.
Penyerang Atletico Madrid berusia 32 tahun itu menjuarai Piala Dunia bersama negaranya pada 2018 dan membantu The Bleus mara ke final kedua berturut-turut di Qatar.
Tetapi akhbar Perancis, Le Figaro melaporkan dia terkejut dan kecewa dengan keputusan Didier Deschamps tidak melantiknya sebagai kapten baharu Les Bleus.
Griezmann dikaitkan dengan pasukan kebangsaan untuk perlawanan menentang Belanda dan Ireland dalam perlawanan kelayakan Euro 2024.
Namun, dia jelas kecewa apabila Deschamps memberitahunya Kylian Mbappe akan memakai lilitan kapten ketika menentang Belanda pada Sabtu ini dan penyerang Paris Saint-Germain itu dijangka kekal memakai lilitan berkenaan.
Terdahulu, Hugo Lloris mengosongkan tugas itu susulan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas tamat Piala Dunia.
Griezmann memiliki 117 kap dan 42 gol untuk Perancis dan difahamkan antara calon pilihan menggalas tugas kapten.
Tetapi Deschamps sebaliknya memilih Mbappe, 24, sekali gus bakal menjadi kapten termuda dalam skuad Perancis. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ppe-dilantik-kapten |
|
|
|
|
|
|
| |
|