CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4550|Reply: 5

Adik Meerqeen terima tempias populariti abang

[Copy link]
Post time 20-3-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Adik Meerqeen terima tempias populariti abang


Meerqeen dan adiknya


Kuala Lumpur: Pelakon Meerqeen, 22, mendedahkan adik bongsunya Shaqeel yang berusia setahun tujuh bulan turut menerima banyak tawaran menjadi model cilik tempias daripada popularitinya.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata mereka sekeluarga bagaimanapun sebolehnya belum bersedia dedahkan adiknya dengan bidang terbabit.

"Sebenarnya sudah ada banyak jenama meminta dia dijadikan model atau membabitkan kempen sebelum ini. Cuma kami sekeluarga merasakan belum masa sesuai untuknya masuk bidang seni kerana usianya masih terlalu mentah.

"Terutama dalam penggambaran video yang membabitkan banyak babak. Itu sedikit sebanyak menyukarkan semua pihak dek kerana usianya yang terlalu muda," katanya.

Bagaimanapun, keluarganya bersetuju apabila Shaqeel atau nama sebenarnya Mohd Shaqeel Shauqeen digandingkan dengan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu.

Contohnya terbaru menjayakan sesi fotografi untuk sebuah jenama pakaian bersempena Ramadan yang mana Meerqeen turut dipilih menjadi wajah kepada jenama berkenaan.

"Apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah jenama itu kali ini, Shaqeel turut ditawarkan sama. Pastinya saya enggan lepaskan peluang bekerja dengannya.

"Ini adalah pekerjaan yang menggandingkan kami buat pertama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar.

"Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini datang pada masa hadapan, Insya Allah saya pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang," katanya.

Baru-baru ini, Meerqeen dipilih menjadi wajah Elrah Exclusive selain artis ternama lain termasuk Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot.

Turut serta, dua bintang TikTok popular yang sedang meningkat naik, Aabias dan Wan Chai.

Sejak seminggu lalu, wajah mereka sudah terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... as-populariti-abang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 05:22 PM | Show all posts
Comeinyaa bestla ada baby
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 05:24 PM | Show all posts
comeynya adik dia... tapi abang dia yang pekat likat dengan yang ni pun herlokkk... cuma nak lagi meletop jom ikut kaka ke hatyai naik tren tambang murah nak... kita pergi tiruskan pelepah hidung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 05:35 PM | Show all posts
wah kecik lagi adiknya
so muda lagi la meerqeen ni anak sulong ke
aku ingat adik besar sek men or rendah la tadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnyaa ada abg jauh beza umo
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya eeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.877175 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list