CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5616|Reply: 1

Kehadiran Agong catat sejarah Peringatan Hari Polis

[Copy link]
Post time 20-3-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Kehadiran Agong catat sejarah Peringatan Hari Polis




Oleh Shafeek Affendy Razali dan Ilah Hafiz Aziz - Mac 20, 2023 @ 10:04am   [email protected]






KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mencemar duli ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pagi ini

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong adalah kali pertama dalam sejarah istiadat berkenaan.

Turut hadir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Panglima Angkatan Tentera, Datuk Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 turut mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah


Deputi Superintendan Mohd Zulfadhi Zulkifli mengetuai 102 anggota kawalan kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia pada istiadat perbarisan, manakala seramai 543 pegawai kanan dan pegawai rendah pelbagai jabatan polis dalam kumpulan.

Antara yang terbabit adalah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Istiadat turut membabitkan lintas hormat tiga buah helikopter di ruang udara membawa bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Biru, pancaragam, persembahan pentomin peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu, deklamasi sajak dan lafaz ikrar setia.



Agong diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah




Agong diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2023 11:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040887 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list