CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10764|Reply: 15

[Tempatan] Rekod dunia:Pernah diri beliau digelar diktator dan menggelar Najib dan Muhyiddin Diktator,Tun Mahathir dakwa Anwar pula diktator, sekat suara rakyat.Semua PM kita diktator rupanya...

  [Copy link]
Post time 20-3-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR –  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan diktator kerana menghalang teguran umum.

Malah beliau menempelak, apa yang dilakukan Anwar sewaktu berada di kerusi pembangkang jauh lebih teruk sehingga melibatkan kerosakan harta.

“Kita berhak untuk menyatakan perasaan tidak puas hati, bukan sahaja kerana kita orang Melayu tapi sebab kita rakyat Malaysia. Rakyat berhak tegur kerajaan.

“Kerajaan yang halang teguran ini adalah kerajaan diktator, yang tak beri orang ramai tegur kerajaan. Walhal masa dia bukan kerajaan, buat demonstrasi tiap-tiap minggu. Angkat kereta, buang dalam longkang.

“Kita takda niat nak buat macam itu. Kita ikut peraturan, tapi masih juga tak dibenar adakan perjumpaan sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang pembatalan perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya disertai beliau, pada sidang media hari ini.

Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang dirancang hari ini terpaksa dibatalkan selepas tiga kali bertukar lokasi kerana tidak mendapat kebenaran.

Menurut Mahathir, pihaknya tidak diberitahu sebab-sebab pembatalan, justeru beliau memberi bayangan ia dibuat atas arahan Perdana Menteri.

Pada masa sama, Mahathir juga mendakwa Kerajaan Perpaduan hanya ingin menonjolkan diri sebagai hero dalam melawan rasuah, namun ia hanya ditujukan kepada parti lawan.

“Mereka yang dari kerajaan, kita sedar mereka juga terlibat dengan rasuah terutamanya UMNO yang berbelanja cukup banyak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

“Tetapi kita lihat kerajaan yang ada sekarang ini cuma tumpu (kepada) parti lawan sahaja, seolah-olah mereka tidak terlibat dengan rasuah. Sebaliknya, kita tahu mereka juga terlibat.

“Inilah keadaan yang terdapat dalam negara kita sekarang ini. Rakyat Malaysia berhak untuk tegur kerajaan tapi kerajaan ini bukan tak bagi tegur sahaja, kalau parti lawan (mereka) nak ambil tindakan, (mereka) tangkap masukkan kedalam jel supaya pada pilihan raya akan datang tak ada parti lawan.

“Cuma ada parti kerajaan sahaja supaya dapat menang tanpa bertanding, itulah yang kerajaan ada sekarang ini,” katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nah ...ni najib bagi sedas kat si Tua Saka
Diktator gelar orang lain diktator.

Mr ISA gelar orang lain diktator.

Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan.

Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.

Tunggu sampai malam sebelum Ramadan.

Suruh media datang saksikan dan buat live coverage.

Geledah rumahnya untuk beberapa hari.

Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit.

Beku juga akaun-akaun bank parti dia.

Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat.

Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 08:01 AM | Show all posts
orang lain semua tak betul
dia sorg je betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Diktator2 atok pun zmn dia la Malaysia penah di gelar Harimau Asia...skrg saya ulangggggg..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pmx tu diktator dah lama banglo Din Pagoh tu kena geledah mcm yg ko buat masa nk dakwa najib dgn anwar dulu..hanat punya saka tua!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Can somebody save atok ni by locking him up somewhere so that nama beliau kekal wangi. Dan jgn bagi dia hp.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm a dick, I'm a dick ted to you



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:08 PM | Show all posts
ala tok, bangnon pon hasil grooming atok. kalau bangnon diktator, atok la ketua diktaktor nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 06:31 PM | Show all posts
Sama mcm atok dulu la kan...siapa yg x agree semua pun sumbat dlm jel..tangkap tanpa bicara pulak tu...yg dpt peluang menunggu trial dpt free penumbuk lagi..takkan xde dlm memori kot..

Yg angkat kereta humban dlm longkang tu penyokong2 je, of course x dpt guna ISA sbb beribu2 jumlahnya, jenuh nak handle, lokap pun x muat...dan atok x minat pun nak tangkap penyokong sbb bukan mereka yg atok nak tapi lawan yg atok x berkenan..dah cara atok pun x betul..x boleh la nak kata yg humban kereta tu x betul jugak...tit for tat la kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lately jibby tgh busy mengampu bmx. Tak mustahil jibby blh kuar lokap x lama lagi..hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang tajuk mcm karangan.. senafas aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 06:52 PM | Show all posts
Sudah-sudahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm teruk sgt jadi PM, johhny dosa pun tanak jadi PM. Jadi tukang paip jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengata diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Abes jadik PM je see u in court..

Only in Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa ISA era saka 80an tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077552 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list