CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10921|Reply: 18

Usus Tersumbat Dan Busuk, Lelaki Nyaris Mati Banyak Minum Teh Ketum

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Thailand menjadi tular selepas berkongsi pengalaman ngerinya di Facebook, nyaris mati selepas minum teh ketum.


The Thaiger melaporkan, Jaonai yang menyiarkan gambar dirinya terbaring di atas katil hospital dengan balutan menutup parut pembedahan yang panjang, memberi amaran kepada orang lain supaya tidak menyalahgunakan daun itu.




Seorang lelaki Thailand dikenali sebagai Jaonai nyaris mati selepas dia minum air teh ketum dan terpaksa menjalani pembedahan. - Foto Thaiger





“Saya telah menjalani pembedahan. Saya tidur di hospital selama 10 hari sejak itu. Jika saya menunggu lebih lama untuk menjalani pembedahan, saya sudah mati. Lima hari sebelum pembedahan adalah kesakitan. Saya sangat sakit. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan.


“Usus saya tersumbat dan busuk. Saya tidak boleh makan apa-apa selama 10 hari. Sebabnya saya banyak minum teh ketum berbanding air,” kata Jaonai di akaun  Facebooknya.


Jaonai kemudian berpesan kepada sesiapa yang memilih untuk minum kratom untuk memastikan ia ditapis dengan baik dan membelinya dari kedai yang bersih.


“Awak boleh berhenti. Berhati-hati supaya anda tidak menjadi seperti saya. Ia adalah dua minggu yang sangat sukar. Berat saya 60 kilogram kini hanya 48 kilogram,” tulisnya lagi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana boleh tersumbat? Sistem penghadaman takleh digest daun ketum tu ke? Berapa kilo ko telan?


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-3-2023 09:31 PM
Macamana boleh tersumbat? Sistem penghadaman takleh digest daun ketum tu ke? Berapa kilo ko telan?

...

Sepatutnya boleh la kan sebab ketum ada fibre senang beybey.  Patut buah pinggang yg tersumbat sebab tak boleh procesa fibre tu cos minum tak berenti.  Kawan i masa pregnant minum air soya je sebab org kata dpt anak putih melepak.  Last2 kidney sebelah kena removed sebab dah bernanah dan busuk.  Doctor kata 50-50 sebab masa tu heavily pregnant.  Kalau anak tak mati dia mati.  

Long story short, anak dia keluar hitam juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 17-3-2023 09:55 PM
Sepatutnya boleh la kan sebab ketum ada fibre senang beybey.  Patut buah pinggang yg tersumbat seb ...

Haha

Masa tahun 80an ada org sebar dakyah ni, minum.soya bean byk, ank keluar putih gebu. Jgn minum kopi atau kicap, nnti ank gelap.

I sokong ja jgn minum kopi byk sbb cafien bila pegnen, bkn sebab takut hitam
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 17-3-2023 09:55 PM
Sepatutnya boleh la kan sebab ketum ada fibre senang beybey.  Patut buah pinggang yg tersumbat seb ...

Kawan ko sndri kulit dia camne,mmg x bape cerah ke???kalo dia ngan suami dia kulit putih melepak cam kapas pon belum tentu anak tu akan mewarisi warna kulit mak ayah,lagilah kalo dua2 pon kulit sawa matang je,asalkan anak tu lahir selamat sempurna cukup sofat patut dh bsyukur dah... ni x pasal je hilang satu buah pinggang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi famili i mmg suka minum soya bean dan anak2 sedara kami putih2..ya lah genetik pun putih...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 17-3-2023 10:19 PM
Haha

Masa tahun 80an ada org sebar dakyah ni, minum.soya bean byk, ank keluar putih gebu. Jgn min ...

Ye betul.  Ni awal 90an.  Budak tu pun dah beranak sendiri pun tak le putih pun.  Kulit melayu biasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 18-3-2023 03:45 AM
Kawan ko sndri kulit dia camne,mmg x bape cerah ke???kalo dia ngan suami dia kulit putih melepak c ...

Hehe ni dalil dhaif zaman 90an ramai percaya minum soya masa pregnsnt akan dapat anak putih gebu cam air soya.  Rupanya air soya tu tak boleh minum overdose dia ada fibre2 halus yg kita tak nampak menyebabkan kidney work overtime to process.  Bila dah mcm tu boleh rosak seba tersumbat lama2 infectiin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana tau usus busuk..bukan ke patutnya usus mmg busuk ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan betulla.. minum soya je pun.. adoii..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 17-3-2023 09:55 PM
Sepatutnya boleh la kan sebab ketum ada fibre senang beybey.  Patut buah pinggang yg tersumbat seb ...

Adoi sampai rosak buah pinggang.
Dah napa nak anak keputihan sangat nih
Kalau diri sndiri pun tak fair & lovely
Janganla harap anak kuar putih selepuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 18-3-2023 06:47 AM
Hehe ni dalil dhaif zaman 90an ramai percaya minum soya masa pregnsnt akan dapat anak putih gebu c ...

Terlebih protein mmg overload kidney.. soya tu usually main source of protein for vegetarians
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 11:28 AM | Show all posts
semua benda yg kita sumbat dlm perut tak boleh berlebihan

bersederhana sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:11 PM | Show all posts
Samerosie replied at 17-3-2023 01:55 PM
Sepatutnya boleh la kan sebab ketum ada fibre senang beybey.  Patut buah pinggang yg tersumbat seb ...

makcik aku in 90s pon ada buat petua ni masa anak first. anak dia mmg keluar putih melepak. tapi skejap je, bila dah toddler hitam legam je balik. anak kedua dan seterusnya dia dah tak buat dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 18-3-2023 08:18 AM
Mcm mana tau usus busuk..bukan ke patutnya usus mmg busuk ?

Busuk dalam erti kata necrosis kot. Sel2 mati dan usus mereput. Bukan busuk bau taik dalam usus agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketum ni ada latex kan? Kalau byk sgt consume tu yg bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 02:32 PM | Show all posts
Cerita tak habis, pembedahan tu untuk apa, biasanya macam ni untuk buang tumor tapi dia tak cerita apa2 pula pasal tumor maksudnya apa yang buat tersumbat daun ketum ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
so dia nie bedah untuk buang usus ke apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.083911 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list