CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9682|Reply: 0

Remaja 14 Tahun Digelar 'El Chapito' Ditahan Kerana Bunuh 8 Individu

[Copy link]
Post time 17-3-2023 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis Mexico kerana terbabit  menembak mati lapan individu.


Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan remaja yang digelar 'El Chapito' sempena nama raja dadah Mexico terkenal itu menerusi satu kenyataan pada Khamis, menurut United Press International (UPI).




BH - Agensi




Pihak berkuasa berkata remaja lelaki yang tidak dikenali itu adalah seorang daripada dua orang yang melepaskan tembakan ke atas sebuah keluarga yang meraikan hari lahir di kejiranan Fundidores di Chimalhuacan, sebuah bandar di timur laut Mexico City, yang membunuh lapan orang dan mencederakan tujuh yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.


Polis berkata, remaja itu adalah antara sembilan orang yang ditahan semasa operasi 12 jam antara lewat 10 Mac dan awal Sabtu di Chimalhuacan dan bandar Nezahualcoyotl berdekatan.


Seorang lagi didakwa berhubung kes tembakan itu, manakala selebihnya didakwa dengan pertuduhan jenayah berkaitan dadah, kata jabatan itu.


Tertuduh dewasa dibawa ke Pusat Reintegrasi Sosial dan Penjara Neza-Bordo manakala remaja itu diserahkan kepada hakim kawalan khusus dalam Sistem Keadilan Jenayah Komprehensif untuk Remaja, katanya.


'El Chapo', yang nama sebenarnya Joaquin Guzman, menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Colorado setelah didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan berkaitan kedudukannya sebagai ketua kartel Sinaloa yang terkenal.


Jenayah kekerasan dalam kalangan remaja adalah perkara biasa di negara ini.


Pada awal 2010-an, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang digelar El Ponchis ditangkap dan didakwa sebagai pembunuh upahan untuk kartel dadah Mexico, menurut laporan itu.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.552406 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list