View: 11119|Reply: 5
|
Sumpah, Kagum Gila Tengok Lelaki Buta Ni Tangkas Guna Telefon Pintar! Siap Boleh Buat Status WhatsApp
[Copy link]
|
|
Orang ramai kagum selepas melihat ketangkasan lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan menggunakan telefon bimbit.
Loh Boon Keat menerusi perkongsian di TikTok menunjukkan cara menggunakan ‘braille keyboard’ dengan menyentuh skrin telefon dengan begitu pantas.
 TikTok
“Ada yang tertanya macam mana kami ‘blind’ (buta) menaip. Sesetengah orang boleh pakai ‘braille keyboard’ dan macam saya pun boleh (guna).
“Jadi apa itu ‘braille keyboard’, timbul atas skrin? Boleh raba? Kalau itu lain, itu ‘braille display’, tapi saya tak cover dalam ni (tak jelaskan dalam video) sebab saya tak ada. Harga ‘braille display’ minimum RM2,000 atau RM3,000.
“Untuk ‘braille keyboard’ ini kita susun jari atas skrin dan menaip seperti mana orang guna mesin braille,” katanya pada video tersebut.
Dalam video itu, Boon Keat yang telah memeluk agama Islam sejak enam tahun lalu menunjukkan cara dia menaip selain melayari media sosial Facebook termasuk membaca komen dan membalasnya.
“Kalau orang dah biasa guna ‘braille keyboard’, dia boleh taip sambil jalan. Cuma bahaya kalau katalah orang tarik telefon,” ujarnya.
Sementara itu, pengguna media sosial memuji pemuda tersebut, malah tidak terkecuali kagum dengan penerangan Boon Keat yang disifatkan seperti pengacara.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Akak jijik lihat kepura-puraan ummah kagum konon sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
kudos untuk siapa yang buat.. hebat |
|
|
|
|
|
|
|
BM dia bagus..tak pelat..suara dia boleh jadi vo.. |
|
|
|
|
|
|
|
ouu chinese rupanya dia
memula tu viral sebab dia beli google pixel 7 tu cash
time tu mahal lagi phone tu, dekat RM5 ribu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sambil memandu pun boleh taip....without lifting my hands off the wheel.....
Anak jiran aku di co driver's seat...taip khen |
|
|
|
|
|
|
| |
|