CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5361|Reply: 2

Sweden Alami Kenaikan Harga Makanan Tertinggi Dalam Tempoh 7 Dekad

[Copy link]
Post time 17-3-2023 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Sweden mengalami kenaikan harga makanan tertinggi dalam tempoh tujuh dekad selepas ia melonjak sebanyak 20 peratus sejak setahun lalu, kata Statistik Sweden semalam.


Indeks Harga Pengguna (CPI) Statistik Sweden menunjukkan, makanan dan minuman yang tidak mengandungi alkohol pula menjadi lebih mahal dengan kenaikan 20.95 peratus antara Februari lalu hingga Februari ini, berbanding tempoh yang sama 12 bulan lalu.




Staf menyediakan barangan makanan yang didermakan pasar raya tempatan untuk dijual semula pada harga lebih rendah di cawangan Palang Merah di Stockholm, Sweden. - Foto AFP





Ini adalah kenaikan tahunan terbesar bagi harga makanan di Sweden sejak awal 1950an.


"Antara 1970an ke 1980an, harga makanan turut meningkat dengan ketara, namun tidak mendadak seperti sekarang.


"Kita perlu kembali ke 1951 untuk mencari tempoh 12 bulan di mana harga makanan meningkat lebih 20 peratus," kata Perangkawan Harga di Statistik Sweden, John Eliasson.


Harga makanan meningkat dengan produk tenusu termasuk mentega dan telur meningkat 30 peratus sejak setahun lalu. Harga sayur-sayuran turut menunjukkan peningkatan dengan harga daun bawang dan kobis bunga meningkat hampir 80 peratus.


Harga makanan dan minuman yang tidak mengandungi alkohol meningkat sebanyak 2.74 peratus pada Februari berbanding bulan sebelumnya.


Secara keseluruhan, inflasi di Sweden kekal tinggi dan menurut data dari Statistik Sweden, kadar inflasi negara itu mencecah paras tertinggi sejak 31 tahun lalu iaitu 12.3 peratus pada Disember 2022.


Selepas ia menunjukkan sedikit penurunan kepada 11.7 peratus pada Januari tahun ini, ia kembali meningkat ke tahap 12 peratus pada Februari.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 12:16 AM | Show all posts
sweden ni negara pendidikan dia free kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 07:22 AM | Show all posts

Seluruh dunia alami benda yang sama.

unemployment meningkat
core inflation rising
banks failing
interest rates rising
minyak naik
food prices near all time highs
home sales declining
homelessness increasing

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073710 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list