CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5453|Reply: 0

Iran Dituduh Rogol, Renjat Alat Sulit Penunjuk Perasaan Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 17-3-2023 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Iran dituduh menyeksa kanak-kanak yang ditangkap termasuk memukul, renjatan elektrik dan merogol.


Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International (Amnesty) yang berpangkalan di London menganggarkan ribuan kanak-kanak bawah umur 12 tahun ditangkap dan dilayan dengan keras lagi ganas serta diseksa.


Protes yang diadakan di Iran pada September lalu itu dilakukan bermula selepas seorang tahanan dikenali sebagai Mahsa Amini, 22 tahun meninggal dunia selepas ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian mandatori Iran untuk wanita.




Gambar hiasan




Pihak berkuasa turut bertindak balas kejam susulan tindakan penduduk melakukan bantahan dan menurut kumpulan hak asasi manusia, di Iran terdapat ribuan individu ditangkap, ratusan daripada jumlah itu dibunuh pasukan keselamatan.


Amnesty berkata pasukan keselamatan itu melakukan penyeksaan terhadap kanak-kanak yang ditahan, 'termasuk pukul, sebat, renjatan elektrik pada alat sulit, rogol serta melakukan keganasan seksual yang lain'.


Walaupun pihak berkuasa tidak memberikan butiran jelas mengenai mereka yang ditahan, namun Amnesty menganggarkan jumlah mencecah ribuan termasuk penunjuk perasaan kanak-kanak berusia seawal 12 tahun, bagi mematahkan semangat mereka menyertai protes.


Pihak berkenaan memaklumkan, kanak-kanak dibawa ke pusat tahanan dengan mata ditutup, sebelum dipindahkan ke penjara tertentu selepas beberapa minggu ditahan dan tidak berkomunikasi dengan orang luar.


Dalam satu kes, seorang ibu berkata ejen kerajaan merogolnya anaknya menggunakan paip hos dan kemudian 'dihilangkan'.


Kaedah penyeksaan lain termasuk disebat, renjatan menggunakan pistol elektrik, dipaksa memakan pil dan menekan kepala kanak-kanak di bawah air.


Malah, menurut seorang kanak-kanak lelaki, terdapat tahanan yang perlu berkokok seperti ayam selama setengah jam, 'ibarat memaksa mereka bertelur'.


Timbalan Pengarah Amnesty bagi Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Diana Eltahawy, berkata ejen negara memisahkan kanak-kanak daripada keluarga dan menyebabkan mereka mengharungi kekejaman yang mengerikan.


"Keganasan terhadap kanak-kanak ini dibuat secara sengaja untuk menghilangkan semangat belia negara itu, sekali gus menghalang mereka daripada menuntut kebebasan dan hak asasi manusia," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.065870 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list