Senator memutuskan untuk memecat wakil rakyat yang juga YouTuber gosip Jepun kerana tidak pernah hadir ke persidangan selepas tujuh bulan dilantik sebagai wakil rakyat.
Yoshikazu Higashitani yang dikenali sebagai Gaasyy di YouTube diundi menjadi wakil rakyat oleh penduduk di kawasannya pada Julai lalu.
Japan Times
Dia menjadi ahli parlimen pertama Jepun yang dipecat kerana masalah kehadiran. Malah tindakan memecat ahli parlimen juga bukan sesuatu yang senang dilakukan. Ia hanya terjadi dua kali dalam sejarah parlimen sejak tahun 1950.
Keputusan memecat Higashitani diambil selepas dia gagal memenuhi panggilan parlimen untuk hadir dan meminta maaf di atas ketidakhadirannya sepanjang dilantik kepada senator.
Media tempatan melaporkan Higashitani enggan hadir ke parlimen kerana takut ditangkap atas pertuduhan penipuan wang dan fitnah terhadap selebriti.