CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4206|Reply: 0

Pegawai Kerajaan UK Diharam Guna TikTok

[Copy link]
Post time 17-3-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai kerajaan United Kingdom (UK) diharamkan daripada mengguna aplikasi media sosial, TikTok.


Langkah sama turut dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).


Walaupun ia tidak digunakan dengan begitu meluas dalam kalangan pegawai kerajaan negara itu, namun kebimbangan yang disuarakan ialah kepentingan China dengan pemiliknya, ByteDance.




Gambar hiasan




Bahkan, kerisauan yang melanda juga ialah mengenai kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.


“Ini merupakan langkah permulaan berdasarkan risiko yang diperincikan sekiranya melibatkan peranti kerajaan,” kata jurucakap kerajaan, Oliver Dowden.


Dalam reaksi segera, TikTok menyatakan rasa kesal dengan keputusan dibuat kerajaan UK itu.


“Kami yakin pengharaman ini dibuat berdasarkan salah faham serta didorong oleh penggunaan meluas TikTok termasuk jutaan pengguna di UK, tidak ketinggalan,” kata jurucakap TikTok.


Kata jurucakap itu lagi, pengurusan aplikasi TikTok dalam masa sama menegaskan, akan kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan apa sahaja kebimbangan yang berlandaskan fakta selain memberi layanan sama rata kepada pesaing.


Pengumuman dibuat kerajaan UK itu dibuat sehari selepas kerajaan AS meminta pemilik syarikat aplikasi itu menjual kepentingannya atau berhadapan dengan tindakan diharamkan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list