CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4535|Reply: 1

Lelaki Curi Helikopter, Tak Reti Bawa Akhirnya Terhempas

[Copy link]
Post time 17-3-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Lelaki cuba curi helikopter namun akhirnya terhempas.


Pencuri itu masuk ke Lapangan Terbang Eksekutif Sacramento, California, antara 4 pagi dan 6 pagi pada Rabu, dan cuba menghidupkan empat helikopter di atas landasan, kata polis.


Portal Metro UK melaporkan, kemudian individu itu berjaya menghidupkan salah satu helikopter dan memandunya, tetapi akhirnya ia terhempas.




Foto: Agensi




Pencuri itu melarikan diri dari tempat kejadian.


Serpihan helikopter itu bertaburan lebih ratusan meter, menurut jurugambar KCRA 3, Domi Domalaog.


Tiada kecederaan direkodkan dalam kejadian itu.


Pesawat yang musnah adalah milik syarikat sewa Capitol Helicopters, yang berpangkalan di Sacramento.


Ia adalah helikopter Bell 407 yang boleh menjalankan pelbagai fungsi termasuk sebagai mekanisme untuk memadam kebakaran, lapor stesen televisyen itu.


Agensi yang menyiasat kejadian itu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan jabatan polis bandar itu.


Memusnahkan pesawat adalah jenayah persekutuan, menurut FBI.


"Siasatan ini di peringkat awal dan maklumat ini adalah awal kerana detektif berusaha untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku," polis memberitahu The Sacramento Bee.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 04:25 PM | Show all posts
tak pasal2 jahanam helikopter orang. hampeh betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.541988 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list