CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4252|Reply: 2

Rumput Stadium Gelora Bung Karno Rosak Disebabkan Konsert Blackpink

[Copy link]
Post time 17-3-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Tiada lagi acara akan dianjurkan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di Senayan, Jakarta.


Perkara itu disahkan Pengerusi jawatankuasa penganjuran tempatan Piala Dunia U-20 FIFA 2023, Erick Thohir berikutan konsert Blankpink yang berlangsung di lokasi tersebut hujung minggu lalu dikatakan telah merosakkan rumput stadium.




Peminat memenuhi GBK bagi menyaksikan konsert Blackpink di Jakarta pada 12 Mac lalu. – AFP





Laman berita Tempo melaporkan arahan itu dikeluarkan bagi mempersiapkan stadium tersebut menjelang kejohanan bola sepak remaja antarabangsa itu.


“Ini merupakan waktu kritikal kerana GBK adalah padang bersaiz mega di Indonesia yang amat penting untuk Piala Dunia tersebut.


“Acara pembukaan acara sukan itu dan beberapa acara berkaitan akan diadakan di sini (GBK). Jadi, saya perlu menegaskan di sini bahawa tiada lagi sebarang acara boleh dianjurkan di GBK sama ada  sukan atau seni,” ujarnya.


Sebelum ini, dua konsert diadakan di GBK iaitu konsert penyanyi Indonesia, Raisa pada 25 Februari lalu dan konsert Blackpink pada 11 dan 12 Mac 2023.


Isnin lalu, Erick memeriksa keadaan stadium tersebut dan mendapati tiada masalah serius yang berlaku melainkan kualiti rumput perlu ditambah baik selepas digunakan dalam dua konsert besar itu.


Piala Dunia U-20 FIFA 2023 dijadual berlangsung pada 20 Mei hingga 11 Jun depan dengan Indonesia merupakan tuan rumah bagi acara dwitahunan itu.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 05:15 PM | Show all posts
Watduyuespek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dah sape suruh bagi kebenaran in the first place
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059924 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list