CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11524|Reply: 24

Suami Kerap Ajak Bini Hisap Syabu Ketika Seks, Untuk Hilangkan Stres Katanya

[Copy link]
Post time 16-3-2023 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mendedahkan suaminya kerap meminta dia mencuba syabu untuk menghilangkan tekanan.


Suami wanita dua anak itu mendakwa kononnya dadah itu tidak akan menyebabkan ketagihan, sebaliknya menjadikannya lebih bertenaga.


Wanita yang mahu dikenali sebagai Suhaili, 35, berkata, suaminya itu sering mengajaknya menghisap dadah terutama ketika mahu melakukan seks.




Gambar hiasan




“Sepanjang tempoh perkahwinan, saya terpaksa bertahan dan kuatkan diri supaya tidak terpengaruh dengan ajakannya.


“Apabila dia minta saya ambil benda itu (syabu), saya hanya beritahu nanti akan fikirkannya terlebih dahulu kerana kalau saya tolak mentah-mentah, dia akan mengamuk dan rosakkan barang di rumah,” katanya kepada Kosmo!.


Menurutnya, dia enggan mengambil syabu itu kerana sedar kesannya kepada diri dan tidak mahu menjadi penagih seperti bekas suaminya itu sehingga mengabaikan dua anak berusia 10 dan 11 tahun.


“Suami ambil dadah sejak muda lagi, saya sanggup berkahwin dengannya kerana dia beritahu mahu berubah, namun tidak sangka syabu ini telah merosakkan kesihatan mentalnya.


“Perkahwinan kami akhirnya terlerai dengan perceraian dua tahun lalu disebabkan keadaan suami yang semakin teruk selain kerap keluar masuk penjara,” ujarnya.


Seorang peniaga di Padang Besar yang mahu dikenali sebagai Kak Za, 46, pula memberitahu, dia sedih apabila kedua-dua anak lelakinya berusia lingkungan 20-an terjebak dadah.


“Mula-mula anak sulung saya terpengaruh dengan rakan sebelum adiknya pula yang saya percaya terpengaruh dengan abangnya.


“Mereka mudah terpengaruh kerana kami tinggal di lokasi panas dadah dan ketum berdekatan sempadan Malaysia-Thailand,” dakwanya.


Menurutnya, sebelum ini, dia juga pernah menempatkan dua anaknya itu di pusat pemulihan dadah swasta dengan bayaran pendaftaran RM6,000 selain caj bulanan sebanyak RM1,000.


“Namun apabila mereka keluar pusat pemulihan itu, saya percaya dua anak saya ini terjebak semula dengan dadah berdasarkan peralatan hisap syabu yang ditemui di dalam bilik,” katanya.


Tambahnya, dua anaknya itu hanya membantunya berniaga dan mengharapkan pendapatan daripadanya.


“Mereka memang sentiasa minta wang. Dalam fikiran mereka hanya dadah dan akan mengamuk kalau permintaan tak dituruti,” ujarnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah bersembang dgn staff aku ni. Sbb masalah bekerja. Anak ada 6 orang. Suami biawak. Aku tanya kenapa x nak mintak cerai. Dia cakap, kalau 'bersama', suami dia perform habis. Sbb ambil dadah sebelum main. Tu yg dia rasa suami dia best sampai xnak mintak cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih issue mcm ni
Please la ubah mindset laki x kan berubah lepas kahwin
Either dia makin teruk or jdik baik
Tpi kebnyakkn makin teruk
Berubah ni ikut diri bukan nk tggu kahwin bolh berubah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu org lelaki sampai kena ada 5000 tukang repair dari rumah parent rumah atuk nenek dari taska tadika sekolah rendah menengah beberapa tempat kerja bini adik beradik kawan2 guard sekolah polis jiran penjara dll. X penat kah jadi tukang rawatan bimbingan pemulihan kepada org yg tak boleh lagi terima ajaran
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak busuk kepam ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 08:10 PM | Show all posts
ko tak takut kerr time dia ambik barang tu dengan anak2 sekali dia kerjakan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:50 AM | Show all posts

“Suami ambil dadah sejak muda lagi, saya sanggup berkahwin dengannya kerana dia beritahu mahu berubah, namun tidak sangka syabu ini telah merosakkan kesihatan mentalnya.

hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Drp dok jaga aurat perempuan or khalwat..
Knp x focus basmi dadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:47 AM | Show all posts
drivethru replied at 16-3-2023 07:07 PM
Aku pernah bersembang dgn staff aku ni. Sbb masalah bekerja. Anak ada 6 orang. Suami biawak. Aku tan ...

dah 20 org cite benda yang sama...hurmm rosak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:04 PM | Show all posts
once a tahi dadah will always be one forever......
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtau la dia ni bijak ke bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 17-3-2023 11:34 AM
Drp dok jaga aurat perempuan or khalwat..
Knp x focus basmi dadah ni..

U maksudkan sskjp? Mmg pelik pon. Aurat nmpk saja. Masalah dadah, kwn i ckp teruk sgt dkt sana sbb sempadan thai
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilangkan stress dgn mendadih. Esok ketagih ko stress xde duit nak beli menatang haram tu nak lepas ketagihan ko!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:47 PM | Show all posts
kerajaan kene do something .... setiap pasangan sebelum nikah,  kene soal dulu kerja suami dan kalu ada amik dadah tak boleh benarkan kawin,  lelaki tu kene masuk pusat pemulihan dulu

takan la biar anak deols ikut ...  makin ramai anak muda akan ikut,   termasuk anak menteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
AADK sila jlankn tugas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eyes Wide Shut versi melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:28 AM | Show all posts
mmg ramai nokk akak sampai tak kuasa dah nak amik tahu cerita dlm whatsapp.

laki nak pedajal pompuan baik2 ramai nok. jaga2 je lah jgn keluar pun dgn jantan2 yg mengajak minum kalau tak kenal keluarga.

jantan hisap ais dekat malaysia ni bersepah2, baik yg steret dah berbini sampai la jantan2 gei rempit ke professional ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 16-3-2023 07:07 PM
Aku pernah bersembang dgn staff aku ni. Sbb masalah bekerja. Anak ada 6 orang. Suami biawak. Aku tan ...

Memang betul...sebab Methaphetamine dadah jenis stimulant iaitu merangsang...kesan jangka panjang mati pucuk...bini pulak ketagih seks.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 18-3-2023 12:28 AM
mmg ramai nokk akak sampai tak kuasa dah nak amik tahu cerita dlm whatsapp.

laki nak pedajal pompua ...

Memang betul student pun ambil methaphetamine untuk stay up...terutama kalau nak dekat exam....doktor pun ada yang ambil.

Sebab diorang kalau ambil rasa kuat, tak takut dan berani bertempur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.165723 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list