CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4530|Reply: 0

10 Tong Dram Uranium Lesap Di Libya

[Copy link]
Post time 16-3-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 2.5 tan uranium semula jadi dikesan hilang dari sebuah tapak di Libya, dedah Agensi nuklear bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam seperti dilapor AFP.




Gambar hiasan/The European Times




Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memberitahu negara anggota pertubuhan itu bahawa pemeriksa kelmarin mendapati 10 tong dram yang mengandungi pekatan bijih uranium 'sebagaimana diisytiharkan sebelum ini telah tiada' di lokasi terbabit.


Susulan itu, pihak agensi berkenaan memaklumkan dalam satu kenyataan, IAEA akan mengambil langkah seterusnya bagi mengenal pasti perkara berkaitan kehilangan bahan nuklear terbabit dan lokasi keberadaannya kini. Namun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai tapak berkenaan.


Pada 2003, Libya meninggalkan program pembangunan senjata nuklear yang dijalankan bawah bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.076656 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list