CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4739|Reply: 1

Kami Tiada Alasan Halang Iran Melabur Di Arab Saudi

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Bagi memulihkan hubungan diplomatik antara negara, Arab Saudi berkemungkinan membuat pelaburan 'dengan segera' di Iran.


"Terdapat banyak peluang untuk pelaburan Arab Saudi di Iran. Kami tidak melihat sebarang halangan selagi terma dalam mana-mana perjanjian dihormati," kata Menteri Kewangan, Mohammed Al-Jadaan pada Persidangan Sektor Kewangan, semalam.








Berikutan rundingan di China, Arab Saudi dan Iran pada Jumaat lalu bersetuju untuk menjalin semula hubungan dan kembali membuka kedutaan dalam tempoh dua bulan, selepas bermusuhan selama bertahun-tahun.


Dalam wawancara kemudian dengan Reuters pula, Al-Jadaan menegaskan, kestabilan rantau Asia Barat adalah sangat penting kepada dunia dan semua negara di rantau itu.


"Kami tidak berminat mempunyai konflik dengan negara jiran jika mereka bersedia untuk bekerjasama.


"Kami tiada alasan untuk tidak melabur di Iran, dan kami juga tiada alasan untuk menghalang Iran melabur di Arab Saudi. Kami mahu memastikan kedua-dua negara saling menerima manfaat daripada sumber dan kelebihan kompetitif masing-masing.


"Jika mereka (Iran) bersedia untuk melalui proses ini, maka kami juga lebih daripada bersedia untuk melalui proses ini dan menunjukkan bahawa mereka dialu-alukan, selain kami amat gembira untuk terbabit dalam pembangunan mereka," katanya.


Permusuhan sebelum ini antara kedua-dua kuasa Asia Barat itu telah menjejaskan kestabilan serta keselamatan rantau berkenaan, di samping menyemarakkan lagi konflik serantau termasuk di Yaman, Syria dan Lubnan.


Perjanjian untuk memulihkan hubungan diplomatik kedua-dua negara itu, yang diusahakan oleh China, diumumkan selepas rundingan rahsia selama empat hari di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi Arab Saudi dengan Iran.


China memiliki pengaruh terhadap Iran, dan Tehran akan sukar untuk memberi alasan jika mereka tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani dengan Arab Saudi di Beijing, kata seorang pegawai Arab Saudi kepada pemberita, semalam.


Pegawai itu yang enggan dinamakan berkata, China berada dalam kedudukan yang unik kerana memiliki hubungan baik dengan Iran dan Arab Saudi.


"China adalah rakan perdagangan pertama bagi kedua-dua negara berkenaan, justeru pengaruhnya amat penting dari segi itu. Memandangkan kami sedang membina keyakinan, maka komitmen itu perlu dibuat dengan kehadiran pegawai China," katanya.


Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengaktifkan semula perjanjian keselamatan pada 2001 yang merangkumi kerjasama dalam memerangi dadah, penyeludupan dan jenayah terancang, selain pakatan terdahulu berkaitan perdagangan, ekonomi serta pelaburan.


Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran pada 2016 selepas kedutaannya di Tehran diserbu ketika tercetus pertikaian antara kedua-dua negara itu berhubung pelaksanaan hukuman mati oleh Riyadh terhadap seorang ulama Syiah yang terkemuka.


Arab Saudi turut menyalahkan Iran atas serangan peluru berpandu serta dron ke atas kemudahan minyaknya pada 2019, dan serangan terhadap tangkinya di perairan Teluk. Iran bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok Amerika nak hasut sape lepas ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list