View: 7404|Reply: 22
|
'Lu Mati Mentega Terbang' - Kereta Disimbah Cat, Pengarah Mentega Terbang Diugut Bunuh
[Copy link]
|
|
Bukan saja keretanya disimbah dengan cat merah dan hitam, malah pengarah filem Khairi Anwar menerima nota ugutan yang ditinggalkan di rumahnya.
"Lu dengan family mesti mati," tulis nota itu.
Khairi adalah pengarah Mentega Terbang yang mengundang kontroversi baru-baru ini selepas dilihat sesetengah pihak sebagai menghina Islam.
MalaysiaKini
Nota lain yang ditinggalkan di rumahnya berbunyi: "Islam pasti bangkit! #MentegaTerbang", "Mentega Terbang, jangan cabar Islam", "Ingat family selamat Mentega Terbang?" dan "Tengok lu punya langsi Mentega Terbang".
Menurut MalaysiaKini, laporan polis menyebut pengarah berusia 31 tahun itu mendakwa kereta pelakon Arjun Thanaraju juga disimbah dengan cat merah dan asid, di rumahnya di Ampang.
MalaysiaKini
Namun, tidak dapat dipastikan jika Arjun turut menerima ugutan yang sama.
Ketua Polis Daerah Kajang Zaid Hassan ketika dihubungi, mengesahkan Khairi telah membuat laporan polis pagi ini.
MalaysiaKini
Serangan itu sehari selepas polis mengambil keterangan Khairi dan enam pelakon dalam filem tersebut.
Mentega Terbang disiarkan di platform penstriman Viu dan mengisahkan tentang Aishah, remaja berusia 15 tahun yang bergelut dengan persoalan kehidupan selepas mati dalam pelbagai agama, setelah ibunya didiagnos menghidap penyakit kritikal.
Sejumlah pihak menyifatkan filem itu sebagai menghina Islam kerana memaparkan seorang yang beragama Islam cuba mendalami agama lain.
MalaysiaKini
Filem itu kini disiasat mengikut Seksyen 289A dan 505(b) Kanun Keseksaan, Serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem Mentega Terbang mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah meleis perangai taliban. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lah org tak label Islam ni extremis
Ntah pape je perangai seko2
Tapi sbg peringatan jugak kt produksi MT ni...lenkali jgn suka buat filem diluar norma agama Islam...indie lah sangattt |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 duit pun terbang nk kasi repair kereta pengarah memtega tebang! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 16-3-2023 08:43 PM
eeee overnya nyah sampai nak baling2 asid bagai... tapi kaka musykil sebab orang melayu memang tulis ...
baca tajuk td pon terpk gitu. tah sapa yg xde keja nk buat gini melainkan ah long jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Anggap saja la pelaku tu IQ dan EQ sama rendah. Bertabahlan direktor. You should expect this kind of backlash la when you made the movie. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahh setakat simbah cat merah je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Obvious sgt lah MO simbah2 cat merah supaya bole divert dari kontroversi sbnr. Mohon pihak berkuasa siasat semua yg terlibat dlm citer ni. Jgn lepaskan mereka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sebenarnya tak paham apa la yg sikit terhina sikit terhina. Cepat sentap betul lah. Yg over nau nau ni pon sah ler mmg tak beriman. Ni kalau diacukan pistol kat kepala soh murtad confirm terus murtad. Sebab tu over nau nau |
|
|
|
|
|
|
|
entah - entah sendiri buat sis? nak divert dan play victim card. kalau melayu ni jenis cepat mengamok dah lama kot terbakar semua tempat masa kes adib aritu, kes sekolah tanglung, kes lempar babi kat masjid, eh banyak lagi la.
tapi aman jek kan. so melayu islam ke buat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kalau marah betul awal2 lagi dah mengamuk. Ni dah berapa minggu baru nak baling2 cat...baru nak lu langsi bagai. Orang Islam tak buat mcm ni der. Gangster ni duk promote Mentega Terbang...dia tulis banyak kali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn cepat melatah, ntah2 sendiri simbah cat..geng2 liberal saja nak cari point nak burukkan islam lg..biar polis siasat betul2.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya extremist ni, mcm di dunia ni org islam je yang dapat hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Meleis gini la perangai. Biar la pihak berkuasa yang amik undang undang. |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya ke sendiri buat nak divert attention. boleh burukkan imej islam. aku tak rasa ada org islam nak pi buat pun. dah mmg majlis agama lpf smua dah ambik tindakan pun, apa kita nak kisah lagi, yang tersakiti tu skrg puak diorg jek |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu nak bersikap ganas ..?
no wonder orang bukan islam anggap islam ni ganas |
|
|
|
|
|
|
|
mcm sendiri buat jeee...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|