View: 7460|Reply: 83
|
Anak Tak Ada Duit Nak Kahwin- Nak Jemput 300 Tetamu Je, Ibu Bapa Bantah Paksa Jemput 1000 Orang Juga
[Copy link]
|
|
Seorang individu tertekan apabila perancangan dia dan tunang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara sederhana, mendapat tentangan daripada keluarga.
Katanya, dalam perancangan awal, dia mahu menjemput sekitar 300 tetamu sahaja kerana ingin mengelak daripada terbeban dengan kos perkahwinan yang tinggi.
Namun, ibunya membantah dan memaklumkan mahu menjemput 1,000 tetamu disebabkan mempunyai kenalan yang ramai.
 Gambar Hiasan
“Saya nak kahwin dalam masa terdekat dan tunang saya setuju nak buat secara sederhana. Masalahnya mak saya tak setuju dia cakap kahwin ini sekali sahaja dan dia ramai kawan dan saudara-mara nak dijemput.
“Saya dan tunang pula bajet nak jemput 300 orang maksimum, tetapi lepas mak kira-kira adalah 1,000 tetamu dan ia lebih daripada bajet kami,” luahnya menerusi sebuah portal.
Bagi meredakan keadaan, dia memaklumkan kepada pasangannya untuk mengikuti sahaja kehendak ibu bapanya itu, selain memberi cadangan agar segala kos tambahan boleh diganti semula menggunakan pemberian ‘duit salam’ daripada tetamu yang hadir nanti.
“Saya cakap kepada tunang, tak apalah, buat sahaja untuk 1,000 itu nanti ada ‘salam keruk’ (duit salam), jadi boleh ganti balik kos majlis.
“Tetapi tunang cakap duit itu nanti ibu bapa saya yang akan ambil, bukan untuk pengantin,” katanya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut mempersoalkan mengapa dalam mengadakan sebuah majlis perkahwinan, menjadi keutamaan untuk memanggil ramai jemputan seolah-olah mahu meraikan kedatangan mereka berbanding melihat kepada peruntukan kewangan yang ada.
“Kenapa kita nak kahwin, tetapi nak diraikan kawan-kawan ibu bapa lepas itu kita pula yang nak kena bayar semuanya.
“Saya rasa konsep majlis kahwin ini salah, patutnya majlis kahwin, kita jemput kenalan rapat kita sudahlah,” jelasnya.
Sementara itu, luahan individu berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna dengan hampir 500 ciapan semula sejak pagi tadi.
Ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi yang hampir sama menerusi ruangan komen.
“Saya pernah alami macam awak cerita, saya nak buat majlis kecil keluarga saya nak panggil ramai. Saya bukan apa, simpanan yang ada kalau boleh untuk kegunaan lepas berkahwin bukan semata-mata nak habiskan untuk satu majlis sahaja.
“Sebab tak nak digelar anak derhaka, sampai dua tahun saya tangguh kahwin demi nak cari duit lebih dahulu,” kongsi Syazira.
Selain itu, beberapa pengguna lain turut menasihatkan agar ibu bapa di luar sana tidak terlalu membebankan anak-anak yang mahu mendirikan rumah tangga disebabkan perlu memenuhi permintaan melampau mereka yang inginkan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran.
“Cukup buat mana yang anak mampu, bukan ibu bapa yang tetapkan itu ini. Kkalau nak belanja majlis kahwin anak, tak apalah,” kata Mustaqim. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, adik adik semua... jikalau adik adik mahu majlis kahwin anak anak adik adik nanti gilang gemilang,
adik2 perlulah bekerja keras buat overtime dari SEKARANG! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni isu semasa ke semua ko nk humban ke CI |
|
|
|
|
|
|
|
Knp la x kawen masa pkp aritu..lagiii jimaattt..mak pon x de la nk berangan sgt!tp duit salam ciput lah..klu nk jemput 1 ribu tetamu suh mak bpk topup.. |
|
|
|
|
|
|
|
jemput sikit2 sudah
lepas kawin lg byk nk pakai duit
duit salam keruk pun orgtua kebas |
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri tu biar makayah je yg bayar okeh!
Nk jemput 3k pn go on suh dorg bayar..
Kita jd pengantin ni kumpul duit utk hidup lps kawin je… bkn utk keduri kambing golek 2-3 ekor tu |
|
|
|
|
|
|
|
Brapa kali setahun nk recycle topik/artikel yg sama?
Agk² lar |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jemput ramai, boleh je. Tapi buat minum petang atau sarapan. Cam tempah nasi lemak rm1. Buat utk 1000 orang. Air bancuh sendiri. Setel. Kalau minum petang, buat kuih 2 ketul. Atau bubur kacang hijau. Bawah rm1. Buat la seribu orang. Sebab nak mewarwarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 16-3-2023 10:03 PM
kena la buat kenduri untuk 1000 orang.
baru la parents pengantin nampak effort si lelaki
nak anak orang, kena la tunjuk effort 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 16-3-2023 10:03 PM
walimutul urus ni tujuan sebenar utk hebah kan yg kau dah kawin
itu saja
inform kat social media pun dah cukup,
kata dalam tu, aku dah kawen.
settle
masa hebah kan tu,
tak payah tayang muka pengantin pun boleh,
cukup nama dan pengumuman jer.
ada kisah sahabat Nabi kahwin, Nabi pun tak tahu dan tak di jemput.
dah lepas kawin, baru Nabi di beritahu.
so apa kejadah nya nak jemput serata alam sampai beribu,
you are nobody  |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 16-3-2023 05:55 PM
Knp la x kawen masa pkp aritu..lagiii jimaattt..mak pon x de la nk berangan sgt!tp duit salam ciput ...
Al kisahnya sepupu iols Yang kawin masa pkp dah beranak pinak pun kalut nak sanding balik. Dok mintak adik beradik kumpul duit sama2. Apooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat je dik...nanti mak ayah ko mati cover pakai harta pusaka diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
sape kawen time pkp la terpaling jimat. makpak tak leh kate ape la jemput secoet tu je |
|
|
|
|
|
|
|
... kesiannya
tahun depan insyaallah anak iols kahwin
problem is
kami suami isteri rasa jemputan kami nanti sikit jer
saya tak ramai kawan
pening kepala nak ramaikan tetamu
nak salam kaut banyak2 hahhaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
tom2 replied at 16-3-2023 09:37 PM
Nak jemput ramai, boleh je. Tapi buat minum petang atau sarapan. Cam tempah nasi lemak rm1. Buat utk ...
Sampai 7 keturunan pon org x abis bcakap wey kalo ko brani nk wat camtu sedara mara kalo nmpak muka ko akan dyorg flash back hah,yg ni lah yg kahwin ritu hidang bihun goreng ngan air sirap je...silap haribulan sampai anak ko besar pon akan diulang jugak cite tu |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 16-3-2023 10:01 PM
walimutul urus ni tujuan sebenar utk hebah kan yg kau dah kawin
itu saja
Nanti timbul fitnah pulak kalo xwat majlis,wat majlis besar besaran dikata nak tunjuk mewah/mampu,wat majlis kecil dikata kedekut pulak,x buat majlis langsung digosip pulak kata kelam kabut nak kahwin mesti ada sebab...susahnya jadi manusia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 17-3-2023 03:40 AM
Salam kaut org melayu byk ke?
Yang biasa i nampak rm20-rm50 je..
Yang xbg langsung lg lah ramai..
Pakaian meletup mcm mane pun bab salam kaut bg diorg optional je.. |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 16-3-2023 05:21 PM
Jadi, adik adik semua... jikalau adik adik mahu majlis kahwin anak anak adik adik nanti gilang gemil ...
Setuju.. tanggungjwb parents tu |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 17-3-2023 03:00 AM
Nanti timbul fitnah pulak kalo xwat majlis,wat majlis besar besaran dikata nak tunjuk mewah/mampu, ...
Itu xpe..dosa dia la kuat mengata.. klu x bertaubat masuk la neraka |
|
|
|
|
|
|
| |
|