CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5376|Reply: 47

"Habis Rim Kereta Saya Bengkok" - Sultan Johor

[Copy link]
Post time 16-3-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyalurkan peruntukan untuk membaiki jalan yang rosak teruk dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.


Dalam titahnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memaklumkan Jalan Johor Bahru-Mersing turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.




FB




"Saya berharap supaya peruntukan pembaikan jalan Persekutuan disalurkan untuk membaiki laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing yang berlubang dan amat membahayakan pengguna jalan raya.


"Habis rim kereta saya pun bengkok," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.


Pada Jun tahun lalu, Sultan Ibrahim dilapor meminta Kerajaan Persekutuan supaya segera menunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.


"Lihat juga keadaan jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.


"Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktrikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, tahun lalu.


Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng-Senai kepada enam lorong.


"Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong.


"Kalau boleh, buatlah dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar, satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol," titah baginda.


Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya Persekutuan dan lebuh raya.


Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang, dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara-Senai Utara Fasa 1 kepada enam lorong, membabitkan kos RM525 juta secara berfasa.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:50 PM | Show all posts
kereybart bengkok rim, terus betulkan jalan…  waibey tergolek dog, terus repair jalan siap dapat beskal mahal…  rakyat yang berlambak hilang nyawa tak dipeduli pun…
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Abisler tuanku dah bersuara...esok chip kementerian kerjaraya turun gelanggang ler
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang teruk pun jalan kat jamaica ni. New Jamaica tu pun.. depan rainbow sand dengan serene hill je jaga elok
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
haaa kalau soltan dah bertitah
gerenti jalan akan okay
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak tungggu Sultan bersuara? Sultan lain bersuara pun takda org kisah.ibarat anjing salak bukit kiara je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 16-3-2023 09:01 AM
haaa kalau soltan dah bertitah
gerenti jalan akan okay

I duduk di BP ni
Kelmarin mula malam malam buta
Diorang tar jalan kiri dan kanan.
Kakak i kata dah 5 tahun terbengkalai
Takde buat apa apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan pasir gudang ni saya pernah perasan ada satu signboard kekal yang suruh alert sebab jalan berlubang di hadapan. Pelik sungguh signboard kekal untuk jalan berlubang seolah2 lubang tu pun kekal kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 05:36 PM | Show all posts
mmg jalan raya berlubang tugas kerajaan persekutuan ke? bistu apa function kerajaan negeri? follow bontot sultan, update schedule sultan je ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn iols br kena last week jln PG tu la bengkok terus rim motor.. nyawa bahaya duit sama melayang [em:7:]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rim bengkok?.....masalah banjir Johor dah settle belum?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:56 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 16-3-2023 05:38 PM
Rim bengkok?.....masalah banjir Johor dah settle belum?





Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh lain level sotan jamaica ni. yg kel berkurun abad dianaktirikan takde bunyi septt haruk pun. ke aku yg missed the train
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 16-3-2023 06:25 PM

Jalan kat negeri bangsa J ni bukan setakat jalan jahhhhh terok berlobang kawah bulan, bahkan jalan utama yg menghubungkan bandar antara daerah pungggg sekedar beso jalan kampong 2 lorong gaytohhh. Ntahhh bila la nak upgrade buat besor jalan. Bahu jalan pung takde, lori banyak namampossss, tampal hari ni, esok kompom berlobang berpasir rosak kembali sebab lori besor2 ni lalu, camne lerrr jalan tu tak rosak??? Segelintir pemandu kete pungg bawak mcm pelesit puaka memotong masuk laluan kita waktu time tu kita nak lalu tuh. Sikit lagik nak bertembong. Cilakekkk betol. Kalau bawak laju nak ke alam sebalik mata tuhh sila gi mampoh masok gaung sorang2 jangan libatkan org lain yachhhh... Yihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:09 PM | Show all posts
seluruh jb ni jln mcm hanat... mmg sakit jiwa hari2 pegi & balik keje kena lalu jln yg rosak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 16-3-2023 06:45 PM

Lebuhraya Senai Desaru yg terpelik di Malaysia sbb status lebuhraya tapi jalan dua lorong mcm jalan kampong jahhh tapi tol bayor mahal2 jalan berlobang sana sini banyak makan korban tersenyum sinissss gaytohhhh

Better lagik la Lebuhraya Timur-Barat (Jeli-Gerik) tuhh walaupun dikutuk ummah berlobang sana sini sekurang2nya org faham napa tak upgrade sbb jalan ittew adalah bebas tol free of charge yachhh sambil kalau bertuah boleh tengok gajah depan mata berkumpul tengah jalan ibarat zoo semula jadi gaytohhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot2 Tuanku bukak forum, tolong lah repair jalan kat utama Kulai ni. Teruk bebeno gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 16-3-2023 06:43 PM
Kot2 Tuanku bukak forum, tolong lah repair jalan kat utama Kulai ni. Teruk bebeno gayanya.

Anak jiran aku yg 3 tahun kata tunku ada 'rumah' kedua dikulai...apa betul keww?

Ahakzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut statistik 2022 ada 33 juta kenderaan berdaftar, kata la average cukai jln RM150. Tiap2 tahun dpt kutipan 4 billion. Jumlah sebanyak tu blh turap jalan setiap tahun. Tp ada kes jln2 kt msia x prnh turap semula sejak merdeka....pg mna duit road tax tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Abes banjir terok lebih terok dr sebelum2x nya sbb kan jual tanah kat china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.314386 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list