View: 3037|Reply: 5
|
Pekerja Seks Dibunuh Lepas Dirogol Dalam Reban Ayam
[Copy link]
|
|
Mayat wanita dengan kesan tikaman pada leher ditemui penduduk kampung di dalam semak di sebuah kampung di Cimahi Selatan, Kota Cimahi, Jawa Barat.
Kompas melaporkan, pekerja seks berusia 26 tahun itu dibunuh dengan kejam di dalam reban ayam disyaki selepas dirogol seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dalam talian, baru-baru ini.
 Gambar hiasan
Identiti mangsa diketahui daripada kad pengenalan dan beg yang ditemukan kira-kira lima meter dari mayatnya.
Selain itu, polis turut menemui sebilah pisau tanpa pemegang di tempat kejadian.
Hasil siasatan mendapati, wanita itu dipercayai dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dalam talian.
Suspek berusia 23 tahun juga berasal dari Bandung Barat, manakala wanita itu dipercayai mencari pelanggan menerusi satu aplikasi dengan menggunakan akaun 'pink gemoy'.
Ketua Polis Daerah Cimahi, Aldi Supartono berkata, pada 10 malam Isnin lalu, wanita itu berjumpa dengan suspek, namun dia enggan melayan nafsu lelaki itu menyebabkan dia dirogol.
"Apabila mangsa dibawa ke reban ayam, suspek terus memaksanya untuk melakukan hubungan seks. Mangsa menolak kerana takut kerana diugut," katanya.
Beliau berkata, suspek memukul mangsa yang terus melawan sehingga wanita itu terjatuh ke dalam semak.
Katanya, wanita itu terus melawan menyebabkan suspek menikam belakang di sebelah kiri leher mangsa dengan menggunakan pisau.
"Dalam keadaan sudah luka dan tidak berdaya, suspek merogol mangsa. Selepas merogol, dia menikam wanita itu sebanyak tiga kali lagi bagi memastikan mangsa meninggal dunia," katanya.
Difahamkan, suspek sudah ditangkap dan kes dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
setannye.. haih mmg setan btl pembunuh tu, nafsu serakah dari neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah sampai nak merogol membunuh semua ni? Kau pergi cari prostitute sana lepaskan nafsu serakah dah lah. |
|
|
|
|
|
|
|
pekanwoohoo: Kenapalah sampai nak merogol m ... ni mmg prostitute pn. pekerja seks. maybe xde duit nk byr or mntk pelik2 tu yg ppuan tu xnak layan |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 16-3-2023 11:05 AM
ni mmg prostitute pn. pekerja seks. maybe xde duit nk byr or mntk pelik2 tu yg ppuan tu xnak layan
Kena cari gambar si mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|