CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 1

Ambil Maklum Pesakit Resah Susu Kanser Naik Harga, Kementerian Akan Jumpa Pengeluar

[Copy link]
Post time 16-3-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengambil maklum berhubung dakwaan susu formula untuk pesakit kanser mengalami kenaikan harga.


Ekoran itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan mendapatkan laporan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengadakan perjumpaan dan libat urus bersama pengeluar syarikat susu formula berkenaan.




Gambar hiasan/YouTube




"Saya ambil maklum rungutan dan rayuan khususnya keluarga pesakit kanser ini dan akan mengadakan satu sesi libat urus dengan segera bersama-sama syarikat yang mengeluarkan susu ini.


"Saya akan mengadakan perbincangan dan selepas itu akan keluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Harian Metro semalam melaporkan pesakit kanser resah apabila berlakunya kenaikan harga susu formula sejak tahun lalu hingga membebankan mereka.


Kenaikan harga sebanyak RM10 itu didakwa berlaku sejak Disember lalu dan situasi terbabit membuatkan pesakit kanser bimbang jika harga susu berkenaan terus meningkat terutama untuk mereka yang tidak mendapat bantuan.


Ini kerana golongan itu sudah tidak bekerja sekali gus menjadikan mereka tiada pendapatan untuk membelinya, manakala untuk pesakit kanak-kanak pula, ada kalangan ibu bapa mereka tidak berkemampuan.


Demi kelangsungan hidup, hampir semua pesakit kanser memerlukan susu formula itu, malah ada yang hanya bergantung sepenuh dengannya sebagai ganti makanan.


Difahamkan, harga susu itu yang dulunya dijual pada harga RM78 meningkat kepada RM80, RM82, RM88, RM90 dan terkini RM94 secara berperingkat yang secara tidak langsung membebankan pesakit terutama mereka yang tiada sumber pendapatan.




SUmber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu prosure ni taun 2020 ritu aku beli kt official store shopee 51.80 setin.
Td check tgk dh naik 56.90.
Kt farmasi mmg mahal.
Nk jimat beli on9.
Bertabah lar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.479090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list