CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2575|Reply: 0

Banyak Negeri Tolak Rumput Zeon Zoysia Sebab Mahal

[Copy link]
Post time 16-3-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Tidak semua kerajaan negeri mampu menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia di stadium masing-masing dek kos penyelenggaraan mahal mencecah sekitar RM240,000.


Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh yang berkongsi mengenai hal itu sudah mengarahkan kementeriannya mencari dan menyediakan opsyen jenis rumput yang lain bagi ditawarkan kepada setiap kerajaan negeri.




FB




Hannah mengadakan lawatan ke Sabah baru-baru ini dimaklumkan pihak pengurusan stadium bahawa mereka lebih selesa menggunakan rumput sedia ada jenis Cow Grass yang lebih murah.


“Itu sebab saya minta Ketua Setiausaha dan pihak kementerian untuk sediakan beberapa pilihan rumput lain yang mempunyai standard antarabangsa supaya kita tahu perbezaan harga,” katanya.


Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Hannah menawarkan kepada semua kerajaan negeri untuk menampung kos penukaran rumput daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.


Dan sehingga kini, pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap negeri untuk menerima tawaran itu, di mana ia akan dapat membantu meningkatkan kualiti padang sekaligus mutu permainan setiap pasukan turut meningkat.




STADIUM Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri satu-satunya stadium di negara ini yang menggunakan rumput Zeon Zoysia.




Bagaimanapun, beberapa kerajaan negeri belum bersedia untuk menukar rumput stadium masing-masing ekoran kos penyelenggaraan yang tinggi.


Dalam pada itu, Hannah berkata, geran penukaran rumput itu akan disediakan selepas mendapat maklum balas setiap negeri.


“Dana belum ada lagi. Sebab itu kita perlu tunggu mesyuarat kedua dahulu supaya kita dapat maklum balas mereka mahu atau tidak. Jika mereka mahu, baru kita akan cari dana,” katanya




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037015 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list