CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4451|Reply: 0

Kembalikan Sesi Persekolahan Bermula Januari Perlu Masa, Pengorbanan Semua Pihak - KPM

[Copy link]
Post time 15-3-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode
"Sebenarnya boleh kembali (sesi persekolahan pada Januari) dengan cepat dengan mengorbankan cuti-cuti yang ada. Tapi, kalau sekolah tidak cuti bila waktu rehat bagi guru, pelajar dan ibu bapa?"


Belum ada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengembalikan sesi persekolahan bermula Januari seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh terdekat.




Gambar hiasan - Kosmo




Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali ketika sidang media sempena majlis amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 hari ini berkata,  antara pertimbangan yang perlu diambil kira adalah berkaitan Akta Pendidikan 1996 yang memerlukan sesi persekolahan selama 190 hari setahun, selain melibatkan pengorbanan cuti.


"Kalau nak kembalikan semula, kena kekalkan 190 hari dan anjak sedikit demi sedikit. Ia bukan satu perkara yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan akan mengambil beberapa tahun dengan pengorbanan semua pihak," katanya.


Pkharuddin berkata sesi persekolahan sekarang perlu dilihat dari sudut positif seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada waktu cuti selama empat minggu pada Februari dan Mac, yang dapat mengelakkan Monsun Timur Laut.


"Kita cuba sebaik mungkin memberi keselesaan terbaik kepada semua pihak.


Ada pihak mungkin perlukan perkara yang lebih selesa untuk anak-anak ambil peperiksaan, tapi ada pihak pula yang perlukan masa cuti di hujung tahun sebagai tempoh sesuai untuk mereka melancong," katanya.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.239417 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list