View: 4045|Reply: 17
|
Cikgu Mati Tersepit Dalam Kemalangan Dua Kereta
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang guru menemui ajal dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pagi tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi tadi sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.
 Foto: kosmo
“Seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bersama sebuah jentera LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi tersebut
“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rosuhili Mohd Taharim, setibanya jentera pada pukul 7.38 pagi, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, pemandu Nissan Almera yang merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dilokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Susulan kemalangan itu, trafik sesak dilaporkan berlaku di kedua-dua arah laluan berkenaan sehingga mengalami kelewatan hampir dua jam.
Tinjauan di ruangan komen hantaran Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mendapati mangsa merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Bandar Baru Seri Petaling.
“Innalillah, seorang sahabat yang baik dan banyak memudahkan kerja rakan sepasukan. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” komen Wan Idawati.
“Salam takziah untuk keluarga cikgu Imran,” komen Siti Zarinah pula. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah. Salam takziah kpd keluarga.
SUV, 4x4, lori, bas, kereta plat J nak2 myvi putih mmg paling menyampah kalau salah satu ni kat dpn ke kat belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana boleh jadi macam ni? Tengah laju ke masing2? Bukan peak hour semua bumper to bumper? |
|
|
|
|
|
|
|
Tersepit kat tingkap ke?
Takziah cikgu dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan congest ke kat bts tu. Mcmmana boleh bawak mcm laju |
|
|
|
|
|
|
|
ford everest tu menghimpit ka laluan almera kot, almera tak sempat brek, terlanggar la. tgk everest tu sebahagiannya dahmasuk lane kanan |
|
|
|
|
|
|
|
jalan aku paling tak suka lalu
entah zaman bila la nak siap |
|
|
|
|
|
|
|
laluan ni ada construction ape kan kt sblh kanan tu kan
pastu jalan pun mcm x rata kt situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Construction tak pernah habis kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah ke atas keluarga mangsa.., |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
Takziah....... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang lama jam kat situ pagi td. Tp tulah, 730am memang dah sesak kat situ & biasanya dalam 20km je bawak kat kwsn tu waktu pagi & ptg.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman i intern 2017 sampai sekarang tak siap2 lagi area2 situ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahhiwainnahilaihirajiun...laluan i ari2 pegi & blk keje..dah agk dlm hati pg td, mesti meninggal sb bomba pn ada situ. |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu mesti laju. impak kuat sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ni mcm jalan loke yew zaman 90an dolu
Construction tak habis2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Sklh kawan aku. Dia bgtau smlmeeting pertama diorg. Arwah pulak baru naik jadi PK HEM kt situ. Masing2 dok tggu. Pkl 11 arwah tak sampai lagi. Rupa2nya arwah dh xde innalillahiwainnailaihirojiun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|