CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4729|Reply: 2

Nak Pecah Masuk Rumah Pun Tak Dan, Pencuri Tersepit 5 Jam Celah Pintu

[Copy link]
Post time 15-3-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pencuri gagal memecah masuk rumah mangsanya apabila tersepit selama lima jam pada pintu rumah tersebut, lapor Kosmo! Online.


Ketika kejadian di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara itu, suspek dikenali sebagai BI, 30, dilaporkan sedang cuba memasuki rumah mangsa.




Tribun Medan




Difahamkan, dia pada mulanya memanjat pagar dan mencabut atap sebuah rumah lain untuk mencuri, namun mengubah niat dan beralih kepada rumah mangsa bersebelahan rumah pertama.


Kata Ketua Polis Labuhan Ruku, Asisten Komisioner Polis Fery Kusnadi, suspek yang mencungkil pintu besi seberat 10 kilogram, menyendalnya menggunakan batang kayu.


Bagaimanapun, batang  kayu tersebut tiba-tiba jatuh ketika suspek menjulur kepalanya di sebalik pintu, menyebabkan dia panik.


Belum pun sempat suspek menyelamatkan diri, badannya tersepit pada pintu tersebut yang membuatkan dia tidak dapat bergerak sehingga ditemui mangsa keesokan harinya.


“Pemilik rumah tersebut hanya menyedari hal itu pada keesokan harinya,” kata Fery.


Tambahnya, pemilik rumah berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat seorang lelaki tersepit pada pintu rumahnya sejurus bangun daripada tidur.


Suspek yang diberkas selepas mangsa membuat laporan dibawa untuk mendapatkan rawatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 10:31 AM | Show all posts
ceredikkk sangat la haaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:45 AM | Show all posts
picit telo dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.288534 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list