View: 4053|Reply: 4
|
Lelaki Guna Penyata Gaji Palsu Selama Hampir 10 Tahun Untuk Dapatkan Bantuan Elaun Pekerja Cacat
[Copy link]
|
|
Seremban: Padah mengemukakan penyata pendapatan palsu bagi mendapatkan bantuan elaun pekerja cacat, seorang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang semalam.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini, kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberikan keterangan.
Sumber SPRM berkata, suspek dikatakan mendapat elaun itu sejak 2013 sedangkan gaji sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding gaji yang dikemukakan dalam penyata pendapatan berkenaan.
 Foto: SPRM
"SPRM menahan reman seorang lelaki kerana disyaki mengemukakan penyata pendapatan palsu kepada sebuah pejabat kebajikan di daerah Seremban.
"Ia bagi mendapatkan bantuan Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPOKU) sedangkan gaji sebenarnya melebihi daripada syarat kelayakan yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut sumber, suspek yang kini tidak bekerja dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2013 hingga 2022 bagi mendapatkan bantuan EPOKU sebanyak RM300 hingga RM450 sebulan.
Katanya, Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini sudah menetapkan perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu selama lima hari bermula hari ini sehingga 18 Mac depan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Lajuuu buat kerja..hat atas yg lg jahanam elok ja kesana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Knp sprm yg tangkap. Fake payslips kes rasuah ker? |
|
|
|
|
|
|
|
nama pengarah sprm neg 9.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|