CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 2

Teruja Sangat Nak Jadi Live Host FB, Lesap Duit RM16,799

[Copy link]
Post time 14-3-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
SIBU – Keterujaan seorang pempengaruh media sosial di sini untuk menjadi ‘Live-host’ di Facebook bukan sahaja musnah, malah turut mengalami kerugian apabila wangnya sebanyak RM16,799 lesap dari dalam akaun.


Ia apabila wanita tempatan berumur 28 tahun itu terjerat dengan sindiket penipuan yang menawarkan kerja dalam talian itu.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa melihat iklan kerja kosong sebagai ‘Live-host’ di Facebook, yang menjanjikan komisen sebanyak RM1,000 sekiranya menjadi ‘Live-host’ minima 30 jam seminggu.




Gambar Hiasan




Berminat dengan tawaran itu, beliau berkata mangsa telah berhubung dengan akaun Facebook terbabit.


“Dia kemudian diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.


“Mangsa seterusnya mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran berkenaan melalui aplikasi yang diberi namun aplikasi itu memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya.


“Sebaliknya, mangsa menerima mesej notifikasi bahawa terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Zulkipli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wangnya berjumlah RM16,799 hilang dari dalam akaun.


Justeru, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 06:42 PM | Show all posts
basic logic 101: konsep kerja, majikan bayar gaji, bukan kita bayar majikan utk gaji hatta 1 sen pon.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:47 AM | Show all posts
pdan muka ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list