View: 3072|Reply: 6
|
Ibu Nak Bersalin Boleh Bernafas Lepas Minum Air, Anak Dinamakan Drink Water
[Copy link]
|
|
MANILA – Seorang pelajar lelaki di Filipina yang sebelum ini tular dan sering diejek kerana memiliki nama Drink Water kini membintangi iklan sebuah jenama minuman.
Coconuts melaporkan, Drink Water Rivera mula menjadi perhatian ramai apabila rakan-rakannya memuat naik gambar kad pelajar menunjukkan nama sebenarnya beserta keterangan bertulis: “Nama terbaik di Filipina.”
Pelajar jurusan komunikasi di Universiti Far Eastern itu bagaimanapun berkata, dia menyukai namanya kerana ia membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai.
 Foto: Facebook
“Saya amat menyukai nama saya kerana seperti yang dipelajari dalam kelas pengiklanan, ini adalah ‘jenama’ saya.
“Satu daripada ciri pengiklanan yang baik adalah penjenamaan yang bagus kerana ia memberi impak. Jadi, bagi saya, sama seperti nama saya di mana orang ramai berasa kagum dengan nama ini,” kata Drink Water.
Kata-katanya menjadi kenyataan apabila dia baru-baru ini membintangi iklan minuman berkandungan elektrolit, Gatorade No Sugar.
Ketika berkongsikan kisah di sebalik nama uniknya, Drink Water berkata, ibunya menamakan adik beradiknya dengan nama-nama unik seperti Winner dan Rice.
Tambahnya, ketika ibunya mahu melahirkan dia di hospital, wanita itu tidak dapat bernafas sehinggalah dia meminum air (drink water). – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la.janji.nama.yang baik2
Naseb mak dia tak terkentut..sure anak dia nanti nama farts |
|
|
|
|
|
|
|
So, adik-beradik dia nama Rice tu sebab time nak beranak tu kena makan nasik dulu baru mudoh terkeluor baby, ha gaytohhh? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
daniel drinkwater
tu dia
kau dek sorg2 kau je nama drinkwater
ni ha puas 1 keturunan nama tu
lek pis jaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ok je, takde la panjang sgt smpai 90 patah perkataan, cth cam negara jiran drinkwater tu,
siti nur aina nabila razali nabihah neelofah huda al maktoum ketom kanabis sativa tetrahidicanabinol tigris pantera areaola binti kulup.. cth
pastu bila viral ,mak bapak sengih je sy bangga anak sy nama sebegitu, sebab unik haha, tak tau menyusah kan budak tu esok |
|
|
|
|
|
|
| |
|