CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36466|Reply: 321

Teori Psikologi v.s Teori Paranormal ...

[Copy link]
Post time 29-11-2010 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Temantidox at 29-11-2010 16:20

Teman tak pernah jumpe hantu, tapi teman takut kalau hantu betul2 muncul depan teman. Kenape ye, tiap kali teman bayangkan hantu, mesti fikiran teman mencipta imej makhluk hodoh, bertaring, mata merah, rambut panjang ke tanah, kuat ketawa mengilai dan macam -macam lagi keburukan sehingga teman rasa kalau hantu dapat baca fikiran teman tentu dia akan nyanyi "Tidak Ku Pinta Lahir Ke Dunia". Kasihan kat hantu kan..

Teman skeptikal sangat bila orang cerita pasal hantu, kekadang teman persendakan kisah peribadi mereka terserempak dengan makhluk aneh, pelik dan menakutkan yang mereka tafsirkan sebagai hantu. Benarkah hantu tu wujud dalam bentuk yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita, atau hantu itu hanya ciptaan atau ilusi fikiran separa sedar atau bawah sedar manusia itu sendiri...

Jika benar hantu itu mempunyai fizikal, kenapa tak de kes kat hospital orang cedera parah atau mati kena cekik hantu?

Sama-sama kita discuss dengan lanjut..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 05:25 PM | Show all posts
Lawak lak dengar definisi hantu encik teman nih
Kalau saya lak masa kecik slalu bayangkan antu nih rupa cam ayam tapi badan leper cam ikan yang saiz cam manusia
Skang nih dah besar slalu bayangkan antu nih pompuan cantik berwajah pucat yang suka senyum2

Apa pon saya tak caya antu nih ada fizikal setakat menyakat saja2 untuk menghiburkan hati (kalau diorang ada hati lar) ngan cekik dlm mimpi bole la kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 05:32 PM | Show all posts
Hantu adalah salah satu dari golongan jin, banyak nama gelarannya bergantung pada persekitaran keujudannya, kalau didunia melayu ia dinamakan mengikut istilah melayu spt hanturaya, pontianak, polong, pocong, toyol, langsuir, hantu bungkus, hantulaut dan sebagainya....

Memandangkan ia adalah salah satu dari golongan jin yg boleh dianggap rendah dari segi kastanya, (yg paling rendah adalah dewa)... ia mudah dilihat dan mudah menjelma serta mudah diambil gambarnya dengan menggunakan kamera canggih..

Kebanyakkan hantu menyerupai hampir kepada rupa rupa manusia.......

Dan dewa pula walaupun sebenarnya dia bertubuh besar seperti muka besar dengan mata terbeliak, hidung besar, bibir tebal, telinga panjang, ia bila diambil gambar atau kita terambil gambarnya, yg kelihatan hanya sebagai tompok tompok kabus... tapi bila di zoom kalau dia mengadap kamere, akan nampak parasrupa tersebut

jangan percaya sangat kata kata aku ni... tapi boleh cuba ambil gambar dikawasan kawasan yg agak mistik...akan muncul dikamere tuan keberadaan makhluk tersebut.. tapi kene guna kemera yg tinggi megapixelnyalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 06:22 PM | Show all posts
Hantu hanyalah bayangan manusia atau JIN yang 'merupakan' dirinya, atau 'menjelma' kepada bentuk yang diingini nya.... rupa sebenar JIN tidaklah dapat kita tahu hinggalah hari kiamat nanti.... itu semua hanya jelmaan yang 'dirupakan' oleh JIN untuk menakutkan manusia....

gejala penampakan terbahagi kepada 2

1. DIWUJUDKAN / DIRUPAKAN
2. MASUK DLM 'MIND'


(hanya huraian ringkas)

1. Diwujudkan bermaksud JIN yang menyerupakan dirinya kepada pelbagai bentuk speerti kebiasaannya bentuk manusia. tetapi sangat hodoh kerana, dia tidak dapat menyerupai kesempurnaan Ciptaan ALLAH S.W.t.... kemudian menyerupai panglima dahulukala, pendekar, wali2, keturunan, moyang, haiwan berbisa dan lain2....

2. Yang nombor 2 nihh paling selalu terjadi pada forumer dalam nihh... especiallly mereka2 yang ada kes SAKA... dia sorang ternampak makhuk aneh, dia sorang dengar suara beri salam, kadang, dia boleh ternampak pntianak, ternampak jembalang hitam berbulu lebat, nampak itu nampak ini. check dktor takde ape2... maksudnya 'mind' seseorang itu telah dikuasai JIN. kalau ikut sains katanya psycology... sebab kan dah beritahu, JIN boleh menyebabkan sakit2 doktor...

huraian panjangnya nanti laa baru kupas...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 1-12-2010 12:23

sebenarnya, tiada sempadan yg benar2 nyata antara psikology dan alam ghaib.

mungkin penerokaan ke alam ghaib sebenarnya, kita tidak pergi jauh, tetapi masuk ke alam minda kita sendiri.

walau apa pun kata org, yang pasti gangguan itu paranormal atau psikology/minda,
ia memang ada menganggu kita.

kdg2 bila org tukar aktivity paranormal kpd psikology, seolah2 ia menjadi remeh.

padahal org lupa, minda manusia itu kuat dan boleh mengubah realiti.

dan satu lagi, hidup ini jugak mungkin satu ilusi, tiada siapa dpt membuktikan hal ini salah.

paranormal atau psikology, kesannya adalah sama dan ia wujud menganggu manusia.

kalaulah hantu itu wujud dlm psikology sekalipun, maka ia wujud lah. kalau itu caranya ia menganggu.
dan apa sekalipun pengetahuan yg sampai kepada manusia, cara hidup yang paling asas kita guna dlm dunia yg penuh misteri ini ialah dgn berpandukan Quran dan sunnah yg nabi ajar, jika tidak, kita akan berpotensi terseleweng.

wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:44 PM | Show all posts
urmm... tajuk thread yg nampak exclusive ...

apapun.. hopefully jangan ada yg menjadikan isu ineh panas yek? hehehe.... paham2 k... bincang dengan baik & debat cara elok gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 03:27 PM | Show all posts
kalaulah hantu itu wujud dlm psikology sekalipun, maka ia wujud lah. kalau itu caranya ia menganggu.
ussopp Post at 1-12-2010 12:20


setuju dgn yg ni.. lecturer aku dulu pun selalu pesan mcm tu.. bila pesakit tu complain nampak hantu atau apa2 benda yg sangat mengarut sekalipun, semua kena take note.. tak semestinya bila benda tu kita tak nampak, benda tu takde.. tak kira lah hantu tu dalam bentuk fizikal, psychological atau spritual, ia mestilah dirawat dgn sewajarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 03:29 PM | Show all posts
urmm... tajuk thread yg nampak exclusive ...

apapun.. hopefully jangan ada yg menjadikan isu i ...
BabeYSHa Post at 1-12-2010 13:44


Bagi la tacang ckit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 03:33 PM | Show all posts
cik teman..
mel pun sebelum ni tak penah dan tak bole pun nampak hantu2 ni..
tapi setelah mel sakit aritu,mel selalu jugak nampak kelibat2 yg tak diingini..
penah real depan mata mel benda alah tuh menjelma..dan mmg huduh la mukanye..
mel pun sampai skang tak paham nape depa ni suke bebeno menjelma dlm keadaan yg huduh sekali..
kengkadang tingin gak nengok depa ni menjelma jadi johnny depp...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:39 PM | Show all posts
cik teman..
mel pun sebelum ni tak penah dan tak bole pun nampak hantu2 ni..
tapi setelah mel saki ...
melinda_gordon Post at 1-12-2010 15:33
Yg ko nampak tu jenis hantu dari specis polong... tu yg hodoh benar tu

Kalau ko nampak jin (bukan hantu, hantu tak de yg lawa) dari specis bunian, yg pompuan nya kiut kiut gitu... puteri puteri... dan banyaknya nama puteri balqis
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:43 PM | Show all posts
Yg ko nampak tu jenis hantu dari specis polong... tu yg hodoh benar tu

Kalau ko nampak jin (bukan ...
hantukiller Post at 1-12-2010 15:39



    asal kalo bunian je ade puteri yg kiut miut?putera yg kiut miut takde ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 03:50 PM | Show all posts
Kewujudan hantu yang dilaporkan oleh mangsa gangguan menunjukkan samada mangsa terlihat (rambut panjang, mata merah) , terdengar (ketawa mengilai, bisikan), sentuhan (ditindih, di tolak/tarik) dan terhidu (busuk, wangi)...ada juga mangsa yang melaporkan makanan yang dimakan bertukar menjadi ulat, serangga dan najis. Bidang psikologi menjelaskan kejadian di atas sebagai malfungsi kepada sistem penderiaan. Penderiaan adalah proses mengambil maklumat oleh reseptor sensorik kita (5 pancaindra). Misalnya, dalam penglihatan kita, penderiaan berlaku dalam bentuk sinar cahaya dikumpulkan oleh dua mata dan terfokus pada retina...kecacatan kepada sistem penderiaan ini boleh menyebabkan imej yang dihasilkan dikompromi dan gagal ditafsir oleh otak = HANTU.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:54 PM | Show all posts
asal kalo bunian je ade puteri yg kiut miut?putera yg kiut miut takde ke?
melinda_gordon Post at 1-12-2010 15:43

Ada juga, tapi banyak macam pak lebai, ko suka yg ada gaya pak pak lebai tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:54 PM | Show all posts
cik teman..
mel pun sebelum ni tak penah dan tak bole pun nampak hantu2 ni..
tapi setelah mel saki ...
melinda_gordon Post at 1-12-2010 15:33



    bukan hari tu mel citer yg hantu tu syok kat mel ke? kenapa la menjelma dgn muka hodoh.. sure la tak kene layan dgn mel kan? kalau menjelma rupa hensem sikit, rasa2nya mel tergoda tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:56 PM | Show all posts
kecacatan kepada sistem penderiaan ini boleh menyebabkan imej yang dihasilkan dikompromi dan gagal ditafsir oleh otak = HANTU.Temantidox Post at 1-12-2010 15:50
Adakah itu bermaksud yg ko ingin mengatakan mereka yg ternampak hantu tu cacat sistem penderiaannya?{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 03:57 PM | Show all posts
cik teman..
mel pun sebelum ni tak penah dan tak bole pun nampak hantu2 ni..
tapi setelah mel saki ...
melinda_gordon Post at 1-12-2010 15:33


Salah satu dari sistem deria mel telah mengalami kecacatan / dikompromi .... sebab tu imej hantu tercipta difikiran mel. Salah satu contoh sistem deria yang dikompromi ialah bila mel melihat kaki mel di dalam air kolam renang .... kaki mel nampak pendek macam kaki Donald Duck..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 03:57 PM | Show all posts
Ada juga, tapi banyak macam pak lebai, ko suka yg ada gaya pak pak lebai tak?
hantukiller Post at 1-12-2010 15:54



    kalau pak lebai muka hensem..bole je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 03:59 PM | Show all posts
bukan hari tu mel citer yg hantu tu syok kat mel ke? kenapa la menjelma dgn muka hodoh.. s ...
manganini Post at 1-12-2010 15:54



    kalau die jelma mcm johnny depp maunye tak tergoda..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 04:00 PM | Show all posts
Salah satu dari sistem deria mel telah mengalami kecacatan / dikompromi .... sebab tu imej hantu ...
Temantidox Post at 1-12-2010 15:57



    owh...dulu sains takde plak blaja mcm tu..






*masih tertunggu2 yg menjelma jadi johnny depp ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 04:00 PM | Show all posts
Adakah itu bermaksud yg ko ingin mengatakan mereka yg ternampak hantu tu cacat sistem penderiaannya? ...
hantukiller Post at 1-12-2010 15:56


YES! Samada cacat atau telah dikompromi, secara kekal atau sementara (sakit / stress / silap makan ubat )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list