CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3654|Reply: 3

Kalah Rebut Jawatan Ketua Pergerakan Puteri, Dira Abu Zahar Tetap Akan Berjuang Untuk UMNO

[Copy link]
Post time 13-3-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang baharu, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang telah memenangi jawatan itu dalam pemilihan yang berlangsung sejak Sabtu lalu.


Meskipun tewas merebut jawatan tersebut, Khaidirah atau lebih mesra dipanggil Dira itu juga turut merakam ucapan sama kepada Naib Ketua Puteri UMNO, Siti Sokhleha dan barisan EXCO Puteri UMNO untuk penggal 2023 hingga 2026.


Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu, dengan kepimpinan baharu Pergerakan Puteri UMNO, banyak yang perlu dilakukan dalam mengembalikan sokongan orang muda kepada parti serta membawa agenda wanita muda dan meletakkan sayap ini berada pada tahap lebih tinggi.


Foto: FB




“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh perwakilan khususnya para perwakilan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa sinar baharu Puteri. Kalian menjadi denyut nadi Puteri untuk saya terus berkhidmat.


“Perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara akan sentiasa diteruskan dalam segenap ruang yang ada, Insya-Allah,” katanya di laman Facebook, hari ini.


Terdahulu, Dira turut menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO untuk sesi 2023 hingga 2026.


Selain Nurul Amal, empat lagi calon turut menawarkan diri merebut jawatan tersebut sebelum ini iaitu penyandang Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin, Masliha Harun, Fadwah Anuwar dan Nurul Hazwani Haslan.- CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur… kroni tegar kaki mengampu pakat2 kalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Member ak plak mng jd exco... Mampuihhh la nk dgr ceramah umno kat opis nnt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040479 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list