CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2752|Reply: 0

[Sabah] Hotel di Sandakan yang pertama tawar pakej harga Rahmah – Salahuddin

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode


Sandakan : Sebuah hotel di Sandakan di sini menjadi hotel pertama di negara ini menawarkan pakej penginapan dengan harga Rahmah sepanjang Ramadan akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata tawaran Pakej Rahmah dalam perkhidmatan perhotelan itu juga secara langsung dapat mempromosikan industri pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengembangkan inisiatif Rahmah itu kepada perkhidmatan lain.


“Jelajah Rahmah ini nampaknya bukan sahaja setakat menu makanan, kafe dan jualan, tetapi akan pergi kepada perhotelan, perbankan, insurans, dan banyak lagi saya akan buat untuk libat urus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pakej Rahmah oleh Hotel The Elopura di sini hari ini.

Menurut Salahuddin, menerusi pakej itu hotel tersebut menawarkan potongan 20 peratus daripada harga penginapan sepanjang Ramadan ini dan makanan sahur secara percuma.

Katanya potongan 20 peratus penginapan itu dipanjangkan lagi selama seminggu selepas Ramadan dengan sarapan percuma.

Terdahulu, ketika melancarkan Menu Rahmah di Pasaraya Mydin Sandakan dekat sini, Salahuddin berkata berdasarkan maklum balas daripada peniaga menyertai inisiatif itu, Menu Rahmah telah dijadikan sebagai daya penarik pelanggan untuk datang ke premis mereka.

“Dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan melalui kuantiti jualan yang dapat menampung pengurangan margin sekali gus bersama-sama dalam usaha kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurut Salahuddin, sebanyak 1,531 premis perniagaan di seluruh negara telah berdaftar dengan KPDN bagi menyertai inisiatif itu.

“Tiada paksaan. Mana-mana peniaga boleh mendaftar dengan KPDN secara percuma untuk kami bantu mempromosikan mereka lagi, asalkan menunya lengkap nutrisi dan ditawarkan pada harga RM5 ke bawah,” katanya.- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.107252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list