CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2698|Reply: 0

[Sabah] 1,000 peserta dijangka sertai acara tahunan 'Eggs-Mine-Nia'

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode


MENARIK: Antara permainan yang ditawarkan kepada kanak-kanak pada acara berkenaan.
KOTA KINABALU: Lebih 1,000 peserta dijangka hadir memeriahkan acara tahunan 'Eggs-Mine-Nia' pusat beli-belah Centre Point Sabah.

Dalam kenyataan semalam, acara berkenaan akan berlangsung pada 7 April sehingga 9 April 2023 di Tingkat 4 Palm Square.

"Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti semasa cuti Paskah dan menghabiskan masa berharga bersama ibu bapa mereka.

"Tahun ini, pusat beli-belah ini mensasarkan lebih 1,000 peserta untuk acara berkenaan," katanya.

Kanak-kanak berumur tiga sehingga 12 tahun dijangka akan menyertai pelbagai cabaran permainan yang diilhamkan berdasarkan permainan 'Minecraft'.

Ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka yang berminat menyertai acara ini dengan lebih awal. 300 kanak-kanak pertama yang berjaya mendaftarkan diri berpeluang untuk menebus beg tali eksklusif 'Eggs-Mine-Nia'.

Selain itu, terdapat juga empat aktiviti sampingan untuk disertai oleh kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing seperti permainan papan gergasi, gelongsor kembung, sesi memutar belon dan penampilan maskot.

Peraduan Mewarna Easter pula akan dilaksanakan pada 8 April 2023. Terdapat dua kategori, iaitu Kumpulan A (4–8 tahun)  dan Kumpulan B (9–12 tahun). Peserta hanya perlu membawa bahan mewarna kerana meja dan kerusi akan disediakan oleh pihak pengurusan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan pasukan pemasaran pusat beli-belah Centre Point Sabah, dalam talian 010-2606259 atau menyemak acara terkini pada laman Facebook dan Instagram rasmi pusat beli-belah itu.


https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20230313/kks-ub130323-ysh-centrepoint1.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.370053 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list