CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2081|Reply: 0

[Sarawak] Anggota polis maut dalam kemalangan, kereta terputus dua

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kereta mangsa selepas terlibat dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang anggota polis maut setelah kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuching-Serian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.35 pagi itu melibatkan Mohd Shamezad Mohd Salehudin, 28 tahun.

Menurutnya, setelah pergi ke tempat kejadian terdapat sebuah kereta jenis Honda berwarna biru terputus dua.

"Siasatan mendapati kenderaan yang dipandu dari Kuching menuju ke Serian dipercayai telah hilang kawalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan dan melanggar simen konkrit hujung jambatan Sungai Samarahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan itu, pemandu berkenaan disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba di lokasi.

"Semasa kejadian, keadaan cuaca hujan dan jalan basah serta licin," katanya sambil menambah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057950 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list