CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2032|Reply: 0

[Sarawak] Kelindan maut nahas dua lori

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan di lokasi selepas pelanggaran membabitkan lori muatan baja dan lori tangki simen.
SIBU: Seorang kelindan maut, manakala pemandu cedera apabila lori muatan baja dinaiki berlanggar dengan lori tangki simen berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sepiring, Jalan Pan Borneo pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Micheal Nyanggai dan berumur 38 Tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.22 pagi dan mengerakkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi.

"Setiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan baja dengan sebuah lori tangki simen.

"Pemandu lori muatan simen, 63, mengalami cedera ringan dan berjaya keluar menyelamatkan diri manakala mangsa yang merupakan kelindan lori muatan baja telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pihak perubatan," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, kedua-dua pemandu termasuk pemandu lori muatan baja, 33, yang cedera, tidak tersepit dan berjaya mengeluarkan diri sebelum ketibaan pasukan penyelamat di lokasi.

Pasukan penyelamat kemudian bertindak memadam api kebakaran lori dengan menggunakan satu aliran salur bantu sumber air dari tangki jentera selain membersihkan sisa-sisa kemalangan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.415796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list