CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2024|Reply: 0

[Sarawak] SFC giat jejaki dua buaya terlepas dari kandang

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode


SFC kini giat menjejaki dua ekor buaya yang terlepas dari kandang MWC.
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) kini giat menjejaki dua ekor buaya yang terlepas dari kandang Pusat Hidupan Liar Matang (MWC) pada Sabtu.

SFC dalam kenyataan memberitahu, kedua-dua reptilia berkenaan dipercayai terlepas ke kawasan Sungai Rayu mengikut laluan air deras pada hari berkenaan.

"Sehubungan itu, SFC kini giat menjalankan usaha mencari buaya-buaya tersebut di persekitaran MWC dan anak-anak sungai yang berhampiran," katanya menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini.

Jelasnya, berikutan itu beberapa langkah dilaksanakan bagi menjejaki buaya terbabit.

"Antaranya ialah menutup kawasan riadah yang berhampiran dengan sungai serta memasang papan tanda amaran buaya di kawasan MWC serta kawasan berhampiran.

"Selain itu, operasi memasang perangkap buaya turut dijalankan," katanya lagi.

Tambahnya, setakat ini, buaya-buaya tersebut belum ditemui.

"Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat atau terlihat kelibat buaya-buaya tersebut, sila hubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching)," ujarnya.
Pada Sabtu, dua buaya telah terlepas dari kandang MWC.

"Dua ekor buaya iaitu masing-masing berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak di MWC akibat hujan lebat petang Sabtu," katanya.

Justeru itu, penduduk yang tinggal berhampiran MWC dan Kampung Rayu dinasihatkan agar berwaspada.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.077507 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list