CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3091|Reply: 49

Ramai Penyewa Mengeluh Tak Mampu, Sewa Rumah Naik RM50 Hingga RM100 Sebab OPR

[Copy link]
Post time 13-3-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Pemilik rumah menjadikan Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagai 'modal' untuk menaikkan sewa sehingga penyewa tidak mampu membayarnya.


Kenaikan empat kali OPR dicatatkan sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum­nya menyebabkan pemilik menaikkan kadar sewa.


Seorang peniaga dikenali Maria Rahmat, 35, berkata, dia kini terpaksa mencari rumah sewa baharu selepas pemilik menaikkan sewa RM50 sejak bulan lalu.


Foto: kosmo




“Sebelum ini, masalah rumah yang saya sekeluarga alami, tuan rumah langsung tidak diambil peduli termasuklah siling bocor sehingga perlu tadah baldi, tiba-tiba beritahu sewa dinaikkan dari RM500 menjadi RM550 di­sebabkan OPR.


“Kini saya sedang cari rumah lain untuk berpindah keluar ke­rana tidak mampu lagi membayar sewa dalam keadaan segala benda (keperluan asas) mahal sekarang ini,” katanya.


Sementara itu, ibu dua anak, Nurul Izyani Abdul Kadir, 36, berkata, dia kini terpaksa menanggung tambahan sewaan RM100, menjadikan sewa bulanan rumahnya di Semabok di sini meningkat kepada RM860 sebulan sejak Disember lalu.


“Tuan rumah ada telefon suami saya maklum terpaksa naik sewa kepada RM860 sebulan ke­rana dia perlu bayar kadar tambahan disebabkan OPR, jadi kami tiada pilihan lain dan terpaksalah bersetuju sebab lokasi rumah ini dekat dengan tempat kerja.


“Jika kadar sewa ini terus meningkat, saya dan keluarga terpaksalah berpindah cari rumah lain kerana tidak mampu menampung kos isi rumah lain,” ujarnya yang tidak sampai setahun menetap di situ.


Raihan Abdul Rahim, 34, yang menyewa bilik di Bukit Beruang pada kadar RM220 turut me­luahkan hasrat untuk mencari rumah sewa baharu sekiranya pemilik rumah menaikkan sewaan melebihi RM50.


Bagi pemilik rumah pula, Aniza Wati Mustaffa, 45, berkata, dia terpaksa menaikkan sewa sebanyak RM50 sehingga RM100 selepas jumlah pinjaman bulanannya meningkat mencecah hampir RM1,000 sebulan di­sebabkan OPR.


“Saya mempunyai tiga buah rumah sewa, satu di Kuala Lumpur dan dua di Melaka. Bagi rumah di Kuala Lumpur saya terpaksa naikkan sewa daripada RM950 kepada RM1,000.


“Rumah di Taman Pertam Jaya pula dari RM750 kepada RM850 dan sebuah lagi di Bachang daripada RM1,000 kepada RM1,100. Penyewa pun sudah setuju sewa naik,” katanya.


Tambahnya, kenaikan itu bagaimanapun hanya dapat menampung kira-kira 30 peratus daripada kenaikan baharu OPR yang ditanggungnya kini bagi pinjaman dalam tempoh 25 tahun. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 08:57 AM | Show all posts
Naikkan 20 dollars aje tahun ni dengan semua my tenants...

Kira masih sangat murah bandingkan rate me baca kat Québec ni, nak naik banyak pun tak sampai hati sebab semua tenants dah bertahun tahun sewa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:04 AM | Show all posts
nak hidup pon susah skarang ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pula semejak Covid 2020 saya turunkan kadar sewa kepada company Japanese yang menyewa condo saya di mont kiara sehingga sekarang. Bagi dia orang gembira tak mau pindah disenabkan sewa mahal. Saya pun tak rugi apa apa janji mereka gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit deposit yg tenant bayaq dulu hangpa buat apa .. 2+ 1 .. ada yg 3+ pun komplen lagi kaaa?? Joli katak ka.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:47 AM | Show all posts
purchasing power rakyat dah kurang sgt ni sebab takde insentif suruh rakyat berbelanja, so banyak penjual di luar sana tu terkesan

dah la harga chicken chop pun dah jadi RM20 dah sekarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2023 10:49 AM | Show all posts
jangan risau, ada menu rahmah

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
So nak kerajaan bagi elaun perumahan pulak ke kat biforti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu. Kalau owner naikkan sewa pindah je. Cuma tu lah. Pindah pun Bukan free. Sewa lori, amik cuti, tenaga bagai.

Mahu 1-3k terbang gak nak pindah.

Dengan owner masalah nak pulangkan balik deposit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:13 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 13-3-2023 10:55 AM
Betul lah tu. Kalau owner naikkan sewa pindah je. Cuma tu lah. Pindah pun Bukan free. Sewa lori, ami ...

betul wehbusuk2 pun nak pindah dekat2 1 2km dalam 1k terbang

sewa lori pun banyak buat duit lani
memang cekik darah betui harganya
pastu order 5tan bila nak pindah datang 3tan
bila barang tak buat 3tan tu kena buat 2 trip dia tambah harga katanya 2 trip
padahal kita order 5tan
setan betui la
terkena dah haritu 2 kali pindah

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 13-3-2023 10:47 AM
purchasing power rakyat dah kurang sgt ni sebab takde insentif suruh rakyat berbelanja, so banyak pe ...

Yelah telur mahal jgn mkn telur ayam mahal jgn mkn ayam restoran mahal mkn menu rahmah. Mcmana ekonomi nak berkembang? Dpt menteri ngok mcm ni lah jadinya. Pm pun org sastera susun ayat bunga bagi rakyat meleleh dengar...haha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 13-3-2023 10:47 AM
purchasing power rakyat dah kurang sgt ni sebab takde insentif suruh rakyat berbelanja, so banyak pe ...

Yg hang pi melantak chicken chop pasaipa.. dah tak dak menu lain ka. Lepas tu komplen.. pilihan di tangan sendiri. Sapa yg x cerdek tak pandai urus kewangan??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:24 AM | Show all posts
harapnya tuan rumah iols kekal begitu
rezeki dpt tuan rumah yg bertolak ansur dan baik
bangsa C tp baik sgt
PKP haritu pun siap turunkan harga sewa.. tiles meletup pun siap turunkan sewa sehingga tiles siap dipasang

ni nak kena pindah kerja, nak cari penyewa baru
mcm payah je nk dpt penyewa dgn harga tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:29 AM | Show all posts
Tak boleh salahkan owner. OPR naik, jenuh la nak absorb semua. Tenant tak agree, pindah. Cari option yang lagi murah. Tapi kena la berkorban lain pulak eg. environment ke, location ke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:31 AM | Show all posts
juboqhang replied at 13-3-2023 11:19 AM
Yg hang pi melantak chicken chop pasaipa.. dah tak dak menu lain ka. Lepas tu komplen.. pilihan di ...

demi melangsungkan kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah i dgn husband dah selamat jual semua rumah2 yg duk buat sewa...

Asal jual sbb malas nak pening kepala urus tenant mcm2 peel.. just menten commercial props je cukup... residential prop biar tinggal utk duduk sendiri je lah..

Urus tenant commercial prop lebih mudah dari residential prop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 11:35 AM | Show all posts
nak tunggu PMX buat rumah sewa rahmah plak lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:37 AM | Show all posts
itu pasai hidup kena minimalist,
especially yg masih menyewa

mudah nak pindah, anytime & anywhere.

tuan rumah naikkan sewa, kita pindah lerr
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:44 AM | Show all posts
green~tea replied at 13-3-2023 11:33 AM
Alhamdulillah i dgn husband dah selamat jual semua rumah2 yg duk buat sewa...

Asal jual sbb malas  ...

byk org nampak, yg ada rumah sewa ni senang nak bagi sewa

realitinya, nak cari penyewa yg betul2 boleh commit tu bukan lah senang, dulu waktu sewa bawah 1k sebulan ok la, ramai org masih affort, sekarang ni paham2 la, harga sewa bulan bukan nya murah,
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:46 AM | Show all posts
Masa OPR drop dulu, rate sewa ada turun tak..??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060647 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list