CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4348|Reply: 0

[Sabah] Penggambaran filem di Sabah perlu permit khas

[Copy link]
Post time 10-3-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Penggambaran filem di Sabah perlu permit khas



MOHAMMAD

KOTA KINABALU: Sebarang penggambaran filem di Sabah memerlukan permit khas kerajaan negeri.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Borneo, Mohammad Rizal Mohamed Yunus berkata, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri untuk mendapatkan permit bagi menjalankan penggambaran di negeri ini.

"Selain itu, permohonan lesen pengeluaran filem juga perlu diperolehi daripada FINAS berdasarkan peruntukan Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 disamping memiliki Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum sesuatu penggambaran filem dijalankan oleh syarikat produksi," katanya sewaktu ditemui media di Program Kupi-Kupi Borneo yang melibatkan 50 penggiat seni perfileman tempatan.

Program sehari tersebut melibatkan tiga perbincangan iaitu Shoot in Sabah, Dari Sabah ke Antarabangsa, dan Sesi Libat Urus FINAS Bersama Penggiat Industri Kreatif Sabah.

"Program ini merupakan platform terbaik kepada penggiat seni bergerak ke hadapan dengan mendapatkan pendedahan berkaitan dana ataupun bantuan FINAS, pembangunan modal insan dan aspek lain yang berkaitan," jelasnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar para karyawan menjaga etika dengan menghasilkan karya yang boleh diterima dengan menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059489 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list