CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Sarawak] 33 kes tipu melalui panggilan telefon dalam tiga bulan pertama 2023

[Copy link]
Post time 10-3-2023 10:26 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Azman menunjukan nombor atau portal yang boleh dihubungi sekiranya mengesyaki berlaku kes penipuan. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sebanyak 33 kes penipuan melalui panggilan telefon direkodkan di Sarawak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini membabitkan kerugian RM1.8 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak lapan kes melibatkan kerugian sebanyak RM140,740.

Menurutnya, kesemua kes tersebut telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kes terbaharu adalah di Kuching yang membabitkan kerugian RM1 juta, namun wang tersebut telah berjaya diperolehi semula kerana tindakan pantas mangsa sendiri yang segera melaporkan kepada pihak polis.

"Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk juga usaha menjejaki suspek yang terlibat," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Sementara itu, bagi kes penipuan 'Love Scam' untuk tempoh sama merekodkan penurunan iaitu 10 kes membabitkan kerugian RM269,000.

"Berbanding pada tahun lepas sebanyak 32 kes membabitkan kerugian RM1.46 juta bagi tempoh yang sama," katanya.

Justeru, Mohd Azman menasihatkan orang ramai agar tidak mudah panik, gelisah, takut atau cemas sekiranya ada menerima panggilan tidak dikenali.

"Jangan terus mengikuti arahan atau menurut serta mempercayai tanpa memeriksa kesahihan sesuatu perkara tersebut.

"Apabila dihubungi pihak yang mencurigakan, jangan sesekali memindahkan wang atau memberikam butiran perbankan kepada mereka, sebaliknya terus hubungi atau hadir di balai berhampiran," ujarnya.

Nasihatnya juga agar jangan merahsiakan perbualan daripada pemangil tidak dikenali daripada ahli keluarga, rakan-rakan, pihak berkuasa, bank dan sebagainya.

"Bagi yang ada membuat transaksi wang juga dinasihatkan terus menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi menyekat pengeluaran wang anda," katanya.

Layari portal rasmi PDRM (rmp.gov.my) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (ccid.rmp.gov.my) dan Facebook JSJK Sarawak untuk maklumat nasihat terkini modus operandi kes penipuan.

"Hubungi JSJK Infoline di talian 0132111222 (WhatsApp/SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071872 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list