View: 1226|Reply: 3
|
Tok Bilal Jadi Perhatian, Naik RXZ Harga RM600
[Copy link]
|
|
Amat mengejutkan apabila seorang bilal di Selatan Thailand di daerah Pattani menggunakan motosikal kegilaan ramai, Yamaha RXZ dengan harga RM600 sahaja.
Menerusi video tular di laman sosial ketika ini, bilal tersebut ternyata tidak ingin menjual motosikal dua lejang itu walaupun ditawar pada harga mahal.
“Harga RM600 sahaja, tapi saya tak nak jual. Biarlah buruk pun,” jelas bilal tersebut.
Yamaha RXZ ternyata mendapat permintaan tinggi di Malaysia, malah motosikal tersebut pernah dijual dengan harga tinggi mencecah RM80,000.
Motosikal berkeupayaan 135 cc itu menjadi pilihan apabila produksinya sudah ditamatkan oleh Yamaha.
Rata-rata orang ramai turut memuji bilal tersebut kerana tidak menjual motosikal terbabit dan menyimpan khazanah itu.
“Kalau dekat sini tengok keadaan motosikal tu boleh lekat harga RM20,000. Selamba sahaja pakcik tu cakap RM600,” kata Khaiman.
“Ada aku dengar kerangka sahaja dah harga RM4,000. Apa gila jual harga mahal kecuali la RXZ tu ada lima biji sahaja di Malaysia. Ini masih berlambak lagi,” kata Sapuan Mansor. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh cecah 80k ye moto ni sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal barang katanyer...bak kata ssk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awat motor ni jadi kegilaan ramai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|