CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

Bukit Aman Ambil Keterangan Pengarah Dan Pelakon 'Mentega Terbang'

[Copy link]
Post time 10-3-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Polis merekodkan keterangan pengarah dan salah seorang pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang, lapor portal Free Malaysia Today (FMT).


Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju dipanggil ke Bukit Aman pagi ini.


"Kami memberikan kerjasama sepenuhnya dan menjawab semua soalan diajukan polis," kata Khairi selepas kenyataan itu direkodkan, menurut FMT.


Beliau berkata, pembikin filem harus diberikan kebebasan untuk menonjolkan kreativiti mereka.




Foto: FMT




"Tugas kami sebagai pembikin filem adalah untuk mengetengahkan isu semasa, dan kebebasan bersuara kami tidak seharusnya dikawal," katanya.


Peguam Zaid Malek mewakili Khairi dan Arjun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.


Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.


'Mentega Terbang' yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan juga artis.


Menteri Hal Ehwal Agama Na'im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyemak kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan akidah Islam.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, platform aplikasi penstriman Viu mengeluarkan filem kontroversi itu pada 27 Feb.


SKMM berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Jakim bagi memantau kandungan bercanggah dengan ajaran Islam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054312 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list