CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1118|Reply: 4

Pempengaruh Dikecam Ajar Pengikut Helah Tak Baik Untuk Duduk Bersendirian Dalam Pesawat

[Copy link]
Post time 10-3-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pempengaruh TikTok yang tamak dikecam mengajar pengikutnya helah yang tidak baik untuk mendapatkan peluang duduk bersendirian di dalam pesawat.


Lelaki yang gemar berkongsi helah di akaun @ndainternet di TikTok itu memuat naik video menunjukkan dia menempah keseluruhan barisan tiga tempat duduk pesawat.








Namun, dia kemudian membatalkan dua daripadanya 45 minit sebelum penerbangan supaya dapat duduk bersendirian.


Pemandu yang menggelar dirinya sebagai ‘orang miskin kelas pertama’ itu berkata, dia berjaya mendapatkan kembali semua wang bagi dua tempat duduk yang kosong itu.


Ini bermakna dia membayar hanya untuk satu tiket, namun berjaya mendapatkan satu barisan tempat duduk untuk dirinya sendiri malah memberitahu pengikutnya, helah itu sangat berkesan.


“90 peratus syarikat penerbangan tidak sempat mengisi tempat duduk bermakna saya mendapat keseluruhan barisan ini untuk diri saya sendiri.


“Cuma pastikan dua tiket tambahan boleh dikembalikan sepenuhnya,” kata lelaki itu dalam videonya.


Video itu menjadi tular dan tidak lama kemudian mendapat lebih 90,000 tontonan di samping pelbagai komen negatif.


Ramai yang menyifatkannya mementingkan diri sendiri dan mengecam lelaki itu yang jelas tidak mengambil berat tentang orang lain atau persekitaran.







“Itu satu tindakan yang menjijikkan. Sangat mementingkan diri sendiri. Seseorang mungkin memerlukan tiket itu dan ini perbuatan jahat yang merugikan syarikat penerbangan,” kata salah seorang penguna TikTok.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak kelas tiga ni sentiasa ada di mana2. Demi konten semuanya. Kadang2 tgk benda2 viral ni semua otak hujung2. Baru2 ni aku geram dengan mak pak yg kemaruk konten potoshoot baby dia. Dua tiga jam ubah sana sini kedudukan baby tu demi nak dapatkan gambar yg so called comel terpaling tu. Tak tgk baby tu tak selesa ke apa. Ni semua konten bodow tak kira mana2 manusia. Alasan photographer pro ke apa..baby tu kalau pandai bercakap, dah lama dia maki ko.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 05:02 PM | Show all posts
tk pasal nnt syarikat buat polisi baru
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 05:05 PM | Show all posts
lol...xkan berjaya kalau ummah nak try...lebih2 lagi kalau naik air asia..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 07:25 PM | Show all posts
Poor Man's First Class bukan ‘orang miskin kelas pertama’ menangis cikgu BI ko dik.

btw kalo dia berjaya buat macam tu, airline tu le yang bodoh. Uncle Tony senyum ja baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.088111 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list