View: 782|Reply: 3
|
'Dah Lama Saya Tunggu' - Lelaki Dibebas Lepas 18 Tahun Dipenjara Secara Salah
[Copy link]
|
|
18 tahun menjalani hukuman penjara selama secara salah, akhirnya lelaki warga New York dibebaskan semalam.
Hakim memerintahkan demikian selepas meluluskan permohonan Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez untuk mengetepikan sabitan ke atas lelaki terbabit.
Sheldon Thomas, 35, sebelum ini ditahan berdasarkan gambar individu lain tetapi memiliki nama sama yang membawa kepada penahanan secara salah.
Sheldon Thomas berkata dia telah membayangkan detik kebenaran berkali-kali. - Foto AGENSI
Dia sebelum ini, diperintah menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabit kesalahan pembunuhan tahap kedua kerana menembak mati Anderson Bercy, 14, di Brooklyn, pada 2004, dengan pembunuh sebenar kejadian itu masih tidak diketahui.
Memetik ABC News, Thomas dilapor memaafkan detektif, saksi dan pendakwa raya, selain berterima kasih kepada hakim kerana membatalkan sabitannya.
"Saya sudah lama menunggu," katanya kepada mahkamah.
Sementara itu, Gonzalez menerusi kenyataan berkata, unit semakan sabitan pejabatnya mendapati Thomas dikenal pasti secara salah dengan sengaja oleh pegawai polis.
"Defendan ditahan berdasarkan kenyataan saksi yang menjalani proses pengecaman, mengenal pasti individu lain dengan nama sama, kesilapan ini disembunyikan dan hanya dijelaskan ketika prosiding.
"Malah, siasatan semula menyimpulkan, detektif berniat untuk menahan defendan dan menggunakan prosedur pengenalan salah sebagai alasan," katanya.
Saksi berkenaan mengenal pasti Thomas berdasarkan gambar Sheldon Thomas berbeza yang diambil pegawai polis dari pangkalan data pihak berkuasa itu.
Berpandukan pengecaman secara salahnya itu, polis kemudian pergi ke alamat defendan dan menahannya.
Saksi sama kemudian membuat pengecaman ke atas Thomas dalam barisan, menyebabkan dia mengenal pasti dua individu berbeza sebagai suspek.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
18tahun?? gomen please pay him 18thn minimum wage at least |
|
|
|
|
|
|
|
"Malah, siasatan semula menyimpulkan, detektif berniat untuk menahan defendan dan menggunakan prosedur pengenalan salah sebagai alasan," katanya.
Saman balik detective yg salah buat pengecaman tu. 18 tahun lost of oppty |
|
|
|
|
|
|
|
Saman seeeeeemuuuuuuuuya yg terlibat dlm pendakwaan
18 years of inmates
X sabar nk tgu movie psl dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|