View: 4078|Reply: 9
|
Dah Berhabis RM240 Ribu Tapi Hasil Hauk, Amar Baharin Dan Amyra Rosli Tak Nak Panjangkan Isu
[Copy link]
|
|
Walaupun kesal, Amar Baharin, 38, dan Amyra Rosli, 32, enggan memanjangkan isu syarikat kontraktor yang gagal mengubah suai rumah ibu bapa Amyra seperti dijanjikan.
Amar berkata, mereka sudah melaburkan wang sebanyak RM240,000 kepada kontraktor terdahulu dan kini mengupah kontraktor baharu untuk menyambung kerja-kerja ubahsuai yang terbengkalai.
Foto: IG
"Sekarang sudah dapat satu kontraktor baharu yang akan menyambung kerja atau membaik pulih apa yang sedia rosak hasil buatan mereka. Mungkin tak sempat siap pada Aidilfitri ini.
"Saya cakap yang baki bayaran terakhir jangan bayar. Kami tarik diri kerana saya tak boleh dan tak sanggup tengok hasilnya.
"Anggaplah yang sudah dilabur itu bukan rezeki. Kami tiada terfikir nak ambil tindakan atau apa," katanya.
Amar berkata, mereka dapati kontraktor terdahulu itu memang tidak boleh diharap selepas melihat hasil kerjanya yang benar-benar tidak memuaskan.
"Bukan mereka tak boleh buat kerja tapi hasil kerja tak setimpal, sambil lewa dan kualiti barangan teruk. Bila rumah itu siap, terdapat tompok air pada dinding, memang bukan kualiti baguslah," katanya.
Menurutnya, segala urusan berhubung kes itu diserahkan 100 peratus kepada Amyra. Tapi dia tetap mahu sokong dari belakang dan nasihatkan apa yang perlu.
"Untuk hentikan projek itu pun, saya yang nasihatkan dia. Ini kerana makin lama makin banyak kena tipu daripada hasil-hasil kerja yang teruk itu.
"Saya turut nasihatkan dia supaya jangan buat apa-apa kenyataan yang boleh makan diri pasal perkara itu ada hitam putih. Jadi, dia menuruti nasihat itu," katanya.
Pada bulan lalu, Amyra meluahkan kekesalan terhadap sebuah syarikat kontraktor rekaan dalaman yang diupah mencantikkan rumah ibu bapanya.
Dia merasa ditipu kerana hasil akhirnya tidak setimpal dengan bayaran RM240,000 selain menunggu hampir setahun untuk disiapkan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kontraktor tu buat langsung, or buat half way, or tak met dorg punya expectation? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambar rumah terbengkalai tu? ke tak siap langsung? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana bolwh bg duit pd org byk2 n tkde cara or bukti ke nk dpt balik? Kondtraktor tk buat apa2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah ada ke thread ni?
Isu bulan lepas kut. |
|
|
|
|
|
|
|
cari balik la siapa yg recommend kan ko kontraktor taik kucing tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, bukan isu lama ke ni?
Ade info tambahan baru ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cahaya_almas replied at 10-3-2023 04:38 PM
Mcm mana bolwh bg duit pd org byk2 n tkde cara or bukti ke nk dpt balik? Kondtraktor tk buat apa2 ke ...
samada bodoh atau propa |
|
|
|
|
|
|
|
X met expectations rasanya..sbb dia ckp dah buat kerja tp hasil xde kualiti.dah siap dah pon kerja nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya, camni kot...
kontraktor kata dah siap....
duit pun dah bayar...
sekali, hasilnya nan hadoooo...
Macam, eh, ko ni buat renovation ke, atau menjahanamkan rumah?
Ha, gitew... |
|
|
|
|
|
|
| |
|