CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3646|Reply: 13

Suami Berhenti Kerja Nak Jaga Isteri Strok, Anak OKU "Tiada Pendapatan, Terpaksa Suruh Anak Berhenti Sekolah"

[Copy link]
Post time 10-3-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN – Berat ujian yang ditanggung seorang lelaki apabila isteri yang menjadi penyeri hidup kini terlantar akibat strok selain perlu menjaga seorang anak ka­tegori orang kelainan upaya (OKU) fizikal.


Ishak Abd. Rahim, 43, berkata, isterinya, Norfarahida Zainal, 43, tidak mampu bergerak selain hilang ingatan selepas pembuluh darah di kepalanya pecah di­sebabkan tekanan darah tinggi pada Mei 2022.


Anak kedua pasangan itu, Balqis Najwa, 19, lumpuh sejak kecil dan mengalami ketumbuhan dalam otak.





Foto: kosmo





“Kejadian berlaku secara tiba-tiba, isteri saya rebah ketika mahu keluar bekerja. Saya sangka tidak serius kerana dia pernah mengadu pening. Saya lihat isteri terbaring sambil menarik rambut seperti menahan sakit.


“Isteri saya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk mendapatkan rawatan dan mengalami strok disebabkan pendarahan di kepala serta gangguan otak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jasmin Indah, Senawang di sini baru-baru ini.


Dalam nada sebak, Ishak berkata, doktor memaklumkan agak sukar untuk isterinya kembali normal dan peratusan sembuh 40 peratus, namun dia masih mengharapkan keajaiban.


“Kini isteri hanya bergantung dengan susu khas yang diambil melalui tiub yang dipasang di hidung dan lehernya ditebuk untuk pernafasan. Harga susu khas juga agak mahal RM75 setin, dalam keadaan sekarang saya tidak mampu sebab sudah tidak be­kerja, manakala simpanan pula sudah habis,” katanya.




Foto: kosmo




Sebagai ketua keluarga, Ishak tidak mempunyai sumber pendapatan selepas berhenti kerja di sebuah kilang di Senawang untuk memberi perhatian kepada isteri dan anak istimewanya.


Disebabkan tertekan, Ishak pernah meminta anak bongsunya berusia 17 tahun berhenti sekolah untuk menjaga ibu dan kakaknya yang sakit supaya dia boleh keluar bekerja.


“Tetapi hati saya berat sebab keputusan peperiksaannya agak baik. Jika ditawarkan kerja dari rumah saya sanggup asalkan dapat menjaga mereka,” katanya.


Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Ishak di talian 016-7682114 atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 05001-41-100048956. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:54 AM | Show all posts
Allahu…  beratnya dugaan…  jangan berhentikan anak dari belajar sebab dari situ ada sinar keluar dari kemelut ni…
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts

Semoga di hari jumaat mulia ramai boleh membantu.

Akak rasa suami dia pun tak tahu avenue nak mintak bantuan.

Hrpnya pendidikan anak turut terjaga. Sedih kalau anak berhenti sekolah kena jaga emak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:34 PM | Show all posts
Lepas tu?
Dok nganga org huloq sikit sorg?
Knp bila tkena kt pompuan (yg aku tgk sendri) boleh jgk manage masalah gini SAMBIL bkerja walau jaga kedai sekalipn. Anak² tetap antaq sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:37 PM | Show all posts
Ntah la.
Makin hari makin terhakis emphaty kt situasi gini.
Kiri kanan org dok hadap kna suap.
Frankly aku pn susah. Fr real.
Tp xhadap la dok nganga gini.
Ntah la.
In all fairness, am not in his shoes.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya
keluarga xde ke yg tolong sikit²
sekurang²nya biar anak tu abes sekola..sikit saja lagi

berat dugaan encik ni dan keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
klu dia ngadu kat cikgu2 sekolah anknya in sha Allah ada la dana2 yg boleh bantu adek tu ..blh dipjgkn sampai ke org politik ,ngo ,perseorangan yg kaya2! Jgn la diberhentikn sekolah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:00 PM | Show all posts
semoga ada pihak berwajib yg sudi membantu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 04:12 PM | Show all posts
saudara mara dan adik beradik perlu mainkan peranan membantu. dalam famili terdekat aku pun ada mcm nie. kami adik beradik tiap bulan bagi duit. tak perlu sampai nak minta bantuan org luar. abg aku sanggup berhenti kerja sbb nak jaga mak dan ayah. bila mak meninggal kami semua sepakat apa2 harta kami serahkan pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada yg membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat zakat tolong la bantu support in term of pendidikan anak2 yg lain sampai masuk u. Aku pon ada adik oku, hampir 10 tahun berjuang nak dapatkan oku kad.. keadaan dia agak rare sebab doctor x pasti penyakit mana satu yg menyebabkan immobility. Baru last year start dapat bantuan jjkm.apa2 pon pendidikan anak jangan stop. Kesian anak tu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah dan PPD seremban alert tak dgn masalah student tetibe berenti skolah ni?
Ke cikgu2 dan staf PPD seremban sibuk main tiktok dan jual tupperware,kuih raya bagai smpi x tgk ada budak tercicir pelajaran???
Ke depa buat bodoh jah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mohon bantuan zakat atau jkm ke? Aku jaga husband terlantar alhamdulilah dapat jkm. Klu ada perkeso minta ilat dan bantuan pampers sekali. Katil& wheelchair pun perkeso bagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts

Isteri tu kan kerja, ada carum perkeso?
Dah claim belum dengan perkeso?
Bulan2 boleh dapat pencen ilat..
Tak dapat perkeso, minta kat jkm..
Kalau minta bantuan kerja dari rumah, buat dropship macam ramai surirumah buat tu kan ada...

Ntah la, apapun semoga dipermudahkan keluarga ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049965 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list