CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6108|Reply: 41

Ada Ijazah Tapi Kerja Kutip Sampah, Cuci Longkang Dan Najis- Akhirnya Kerja Kilang, Warga Asing Jadi Bos

[Copy link]
Post time 10-3-2023 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) namun setelah hampir lima tahun menamatkan pengajian, dia mendakwa sukar mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakannya.


Antara alasan yang diberikan syarikat atau majikan, mereka memerlukan staf yang berpengalaman antara dua hingga tiga tahun.


"Sudahnya saya cuma bekerja di kilang yang ber'ketua'kan warga asing.


"Syarikat-syarikat sebelum ini yang boleh terima fresh graduate pula bermasalah," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.




Gambar Hiasan




Selain tidak dibayar bagi kerja lebih masa, pemuda dari Alor Gajah, Melaka ini mendakwa majikan bermasalah itu juga tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


"Tertekan betul saya rasa, nak mohon (kerja) kerajaan tapi belum ada rezeki. Masih menunggu status jawatan. Ada tak yang senasib dengan saya?


"Umur dah makin meningkat tapi ekonomi diri saya masih tidak stabil. Kawan-kawan saya yang habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus kerja pun dah ada yang beli rumah sendiri, kereta sendiri, ada yang dah kahwin dan beranak.


"Saya satu apa pun tak ada lagi. Masih mencari-cari syarikat yang nak terima saya bekerja sesuai dengan kelayakan yang saya ada," ujarnya lagi.


Pemuda yang memiliki ijazah sarjana muda dalam pengurusan dan keusahawanan itu menegaskan dia sebenarnya bukan seorang yang memilih pekerjaan.


"Kutip sampah, cuci longkang dan najis pun saya pernah kerja. Yang senasib dengan saya, apa yang anda buat untuk keluar dari zon saya sekarang?


"Saya hampir mengalami kemurungan akibat situasi sekarang, tapi saya tetap gagahkan juga hati ni sebab saya ada Allah.


"Saya cuma manusia biasa yang mahu ubah nasib diri dan keluarga," katanya yang menjelaskan bahawa perkongsiannya itu bertujuan untuk meluahkan perasaan.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman masing-masing dan memberi kata-kata semangat serta nasihat berhubung situasi yang dialaminya.


"astikan diri terus bekerja dalam apa jua bidang atau gaji, dan pada masa sama cuba cari peluang yang lebih baik. Bukan semua orang dapat naik lif terus ke tingkat 5, ramai juga yang bertatih dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya sehingga sampai.


"Jangan sibuk bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Setiap orang ada perjalanan dan liku dia sendiri. Sampai bila-bila pun kau tak akan puas. Allah tak janji orang yang sekolah tinggi pasti berjaya tapi yang sentiasa berusaha akan ada manis menanti. Hidup ni pilihan nak berjaya kena berani ambil risiko nak sesuatu kena korban sesuatu.


"Hidup ini memang keras, harap tabah dan jangan putus asa. Rezeki ni tak sama buat semua orang. Ramai juga orang yang gagal cari kerja, yang muflis pun ramai juga. Tapi hidup mesti diteruskan walau apa pun masalah kita hadapi. Kuatkan semangat dan jalan terus," kata netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata amik ijazah keusahawanan
Pi la jd usahawan dikkk
Start small la...dh 5 thn ko grad kut .takkan x matang2 lg..camtu baik ko amik ijazah persembahan teater jah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko anak org kaya parent dah booking jawatan dan company siap2 potong q interview lebih kurang terus dpt kerja taw. Resume lain beribu2 itu ditongsampahkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia ni ada problem attitude atau/dan mindset. Sebab tu dengan ilmu & ijazah yg ada masih serba tak ada apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:55 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-3-2023 08:34 AM
Kata amik ijazah keusahawanan
Pi la jd usahawan dikkk
Start small la...dh 5 thn ko grad kut .takkan  ...

kan.dah ada degree usahawan tu pi lah niaga apa2 jual nasi lemak ke drpd dok merempan takde keja,keja sapu sampah.Apoo
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:01 AM | Show all posts
banyak company cina tak ambil warga tempatan yg berkelulusan tinggi...mereka suka pendatang asing yg boleh mereka bagi gaji rendah dgn kerja teruk...mentality kapitalis..lepas tu cukai tak nak bayar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 09:07 AM | Show all posts
Perwira2022: Mesti dia ni ada problem attitude atau/dan mindset. Sebab tu dengan ilmu & ijazah yg ada masih serba tak ada apa2.


Ye meolls pernah jumpa org yg mcm ni, diri sendiri je yg betul org lain semua salah. Hujung2 tak kerja duduk rumah sahaja

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:15 AM | Show all posts
cuba masuk sektor perladangan. dulu industri nie skeptikal nak amik pompuan. skrg nie dah lelaki pun x minat mereka terima juga kaum hawa. salah satu sektor yg masih x cukup pekerja dari bawahan hgga pertengahan. klu mencuba silap2 dah dapat assistant manager.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 09:17 AM | Show all posts
"Tertekan betul saya rasa, nak mohon (kerja) kerajaan tapi belum ada rezeki. Masih menunggu status jawatan. Ada tak yang senasib dengan saya?


masalah bebudak sekarang.. asyik duk tgu keje kerajaan jer...

ijazah tak menjamin apa2... kau kena ada softskill & hardskill.. yg penting softskill masa interview...


cari ilmu lagi, kena ada usaha..kalau jawab pun tak konfiden, skillset pun takde memang ko keje jawatan cikai2 la warga asing jadi bos
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:41 AM | Show all posts
iols sebagai seorang recruiter, satu masalah bdk2 sekarang, dorang kalau boleh nk kerja dekat dgn rumah..xnk relocate keluar dr negeri sendiri, walaupun pasaran kerja area rumah/negeri dorang rendah..satu sbb mindset parents xnk anak2 pergi jauh sbb risau..kedua mindset bdk2 ni sendiri kalau kerja dkt ngan rumah seang, xyah pkir pasal rumah ngan makan segala..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:01 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-3-2023 08:34 AM
Kata amik ijazah keusahawanan
Pi la jd usahawan dikkk
Start small la...dh 5 thn ko grad kut .takkan  ...

tu yg xpaham tu.... ingatkan lulusan yang bidang kerja terhad yg susah nauu nak dapat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi usahawan laa dikkk.. keje ape pun tak pe janji ade gaji dan duit tuu nak buat modal.. aku kalo dpt undur masa mmg tak hingin aku jd ckgu.. keje cikgu tuu utk kumpul modal pas tuu blahh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 10-3-2023 09:41 AM
iols sebagai seorang recruiter, satu masalah bdk2 sekarang, dorang kalau boleh nk kerja dekat dgn ru ...

Lah betullah tu sis. Akak yang kerja part tengok2 resume menatang2 ni pun boleh faham dek. Dengan ongkos semua fly up hwangggggg tapi gaji macam tu jah, mana maunya sisterrrrr…..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ai sbg majikan ambil pekerja dekat dlm negeri ja pastu tgk parent laki bini negeri mana, nnt asik ambil cuti ja balik sarawak la sabah la balik perak terengganu la rumah parent dan mertua negeri lain satu kerja ambilalih kerja mereka
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:21 PM | Show all posts
harkktuih replied at 10-3-2023 09:41 AM
iols sebagai seorang recruiter, satu masalah bdk2 sekarang, dorang kalau boleh nk kerja dekat dgn ru ...

yaa sama la

dats y meols skang ni tengok alamat budak tu kat  mana, yg dekat2 je panggil itw, hat jauh2 mmg tak  nak dah amek.


ada sorang tu dah dekat 1 yr keja mak pak suh balik kampung pulakkkk.. jemm .. dah la sini ada training apa semer, alasan takde sapa nak tengokkan deme padahal mak pak umo tak sampai 60 lagi. abang pun ada.. tp abang tu jenih membewak duk kat rumah saje kut..

kut tawu baik hire budak lain, yg mak pak pun.. ntah lah..


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:26 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 10-3-2023 02:35 PM
"Saya hampir mengalami kemurungan akibat situasi sekarang, tapi saya tetap gagahkan juga hati ni sebab saya ada Allah.

orang yang dalam hati ada Allah,
takkan merintih dan meroyan bab rejeki dan ujian.

mereka takkan berharap pada manosia lain.

lepas tu boleh compare pulak dgn kawan2 lain,
memang stress la kau

chill saja, go with the flow.
tawakkal dengan sebenar benar tawakkal.
serah kan semua nya pada Tuhan. Allah Maha Mengatur.
fokus pada Tuhan. minta Allah tunjukkan jalan dan panduan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak dia ni diterima keja keja kutip sampah, cuci longkang, masa interview pakai sijil apa?
Kalau majikan tahu ada degree taknak terima kerja.
Ada degree pengurusan, keusahawanan cuba usaha cari keja supervisor kat supermarket ke mcm kk, diy, speedmart mana2 kedai retail cari pengalaman dulu.
Kedai2 retail mcm ni byk bersepah kat mana2 tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk contoh tak semua org melayu yg memilih keje, malas keje. Nasib je tak menyebelahi dia. Ni pongpangpongpang duk kata org malas keje
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:55 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-3-2023 02:21 PM
yaa sama la

dats y meols skang ni tengok alamat budak tu kat  mana, yg dekat2 je panggil itw, hat ...

company yg aku keje skrg, siap bagi relocation allowance. Bukan sikit dlm USD1.8k, tp bond setahun.gaji pun rm4k utk fresh grad tak masuk other perks bonuses, itu pun belum cukup setahun ada yg nk balik kg...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:16 PM | Show all posts
degree ni ramai orang dapat sebab policy kerajaan design dia mcm tu. ..

ianya bukan ukuran untuk kau dapat kerja taraf degree bila ada degree, mentaliti spt itu tak boleh pakai langsung dah zaman skrng..  zaman dah berubah dimana dulu mungkin bila ada degree senang dapat kerja setimpal.

Ini kerana ipt2 berlambak ini, untuk ada pendapatan mereka perlu ada student belajar disitu... itulah sebab utama kerajaan push pelajar untuk ke ipt, bukanlah supaya seseorang itu supaya ada degree tetapi nak bisnes yuran ni jalan, sebab itu lepas ada degree kena pandai cari kerja sendiri, kerana yg jelas, kerajaan tak dpt sediakan untuk semua graduan

sebab itu kena fikir betul2 nak lanjutkan pelajaran ke ipt, buat kemahiran ker, bisnes ker, jadi tiktokers,  youtuber semua, pandai-pandailah rancang..

.. nak salahkan siapa? tak perlu salahkan sesiapa...

walaupun ada kelemahan kerana gagal memahami keadaan keperluan pekerjaan zaman sekarang, ttp dari sisi lain itu cuma proses seseorang untuk berkembang... ramai jer yang mengalami kepayahan pada mulanya tetapi akan mulai ada kehidupan stabil selepas beberapa ketika.. jgn berputus asa...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.695624 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list