CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5016|Reply: 4

Hafiz Nafiah Bakal Bertanding Exco Pemuda Umno Malaysia

[Copy link]
Post time 9-3-2023 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Mahu terus memperjuangkan nasib anak seni, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Hafiz Nafiah sedia untuk lebih serius menyerlah dalam bidang politik dan bakal bertanding bagi pemilihan Exco Pemuda Umno Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.


Menurut Hafiz, 39, penglibatan dalam arena politik dianggap sebagai satu platform yang lebih kuat sekaligus dapat membawa sebarang masalah berkaitan dunia seni ke perbincangan peringkat kerajaan.


Dalam masa sama dia juga berharap dapat mempengaruhi lebih ramai anak muda supaya peka tentang kepentingan politik selain isu semasa dalam negara.




FotoG




"Seniman merupakan satu pertubuhan yang sentiasa memperjuangkan industri seni namun mungkin ruangnya sedikit terhad. Jadi menerusi penglibatan dalam politik ini saya rasakan akan ada platform lebih luas. Semestinya saya akan sentiasa membawa masalah berkaitan industri seni kepada kerajaan sekiranya diberi mandat nanti.


"Dalam Seniman pun saya sudah lama memperjuangkan untuk mewujudkan akta berkaitan dunia seni secara terperinci. Itulah yang akan terus saya bawakan nanti.


"Selain itu saya juga berharap dapat membawa orang muda kerana saya percaya bahawa golongan ini merupakan benteng dalam sesebuah parti," katanya kepada mStar.


Tambah Hafiz sekiranya menang dalam pemilihan kali ini dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap Seniman dan yakin dapat menjalanan tugas dengan dalam kedua-dua bidang.


Dalam masa sama dia juga faham penglibatan dalam politik akan membuka lebih banyak ruang kecaman pelbagai pihak yang mahu mencari kesalahannya.


"Buat masa sekarang tumpuan saya hanya kepada dunia seniman dan politik. Walaupun dua bidang berbeza saya tidak rasa akan timbul isu mengabaikan tugas. Dalam Seniman, kami juga ada ahli jawatankuasa lain yang sentiasa membantu. Jadi saya boleh memberi lebih tumpuan ke arah politik.


"Jika diberi mandat dalam politik, saya tetap akan memegang jawatan untuk Seniman. Saya yakin dan tahu apa yang boleh dilakukan sekiranya diberi jawatan.


"Sepanjang memegang jawatan dalam Seniman pun sudah ramai yang memberi kritikan termasuk isu peribadi. Bagi saya jika mahu jadi pemimpin perlu berjiwa besar dan tahu menghadapi kritikan," jelasnya.


Sementara itu kata Hafiz meskipun sudah lama melibatkan diri dalam dunia politik, namun melihat situasi semasa tentang pemikiran anak muda membuatkan dia terpanggil untuk lebih serius ke depan.


"Sebelum ini saya jarang terdedah diri dalam dunia politik. Namun melihat keadaan semasa, saya rasakan perlu memberi kesedaran kepada anak muda.


"Saya rasakan ia menjadi satu tanggungjawab mendekati golongan ini supaya mereka lebih faham tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.


"Dengan pendedahan yang ada sebelum ini, saya rasa layak untuk bertanding dan dipilih dalam kepimpinan politik," ujarnya yang banyak berlakon drama tempatan.


Untuk projek terbaharu, dia terlibat dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang ditayangkan di pawagam pada 2 Febriari lalu.


Filem itu turut menampilkan pelakon antaranya Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Sabri Yunus, Saharul Ridzwan .


Dia juga pernah duduk di kerusi pengarah menerusi filem berjudul Mat Kola dan menjadi penerbit eksekutif Siku 12. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 07:16 PM | Show all posts
oklah dah lama pun dia ni menghimpit politisyen. kalau menang untung2 dapat jadi pengerusi Finas ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu berlakon filem2 Mig kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan yg berlakon drama dunia baru yg psiko culik perempuan tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 10-3-2023 07:54 AM
Dia ni bukan yg berlakon drama dunia baru yg psiko culik perempuan tu ke?

Ya tu je rasanya drama dia berlakon taktau la kalau ada drama2 lain lg tup2 jd exco seniman plak

Pelik gakla seniman ni rata2 yg ada jawatan bknnya pelakon tersohor sgt pun.
Maybe sbb dorang ada byk masa kot retis2 tersohor lain job menimbun takleh nk bg komitmen.
Nak mai meeting pun payah kang marah plak ajk yg lain so better jd ahli biasa je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.106236 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list