View: 6414|Reply: 29
|
Muka Jambu Bibir Merah, Atiq Azman Benci Dituduh Gay
[Copy link]
|
|
Hanya kerana memiliki wajah ‘jambu’ dan bibir yang merah, pelakon Atiq Azman kerap dituduh sebagai lelaki yang menyukai kaum sejenis (homoseksual) atau gay oleh netizen.
Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak suka dan benci dengan tuduhan sebegitu yang dianggap sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan dirinya.
Ujar Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, dia memang menentang habis-habisan kelompok itu (gay) lebih-lebih lagi apabila dia dituduh tergolong dalam kumpulan mereka.
Foto: IG
“Saya tidak boleh terima bila orang tuduh saya menyukai kaum sejenis atau terlibat dengan aktiviti LGBTQ.
“Memang saya menentang habis-habisan. Saya mahu tegaskan memang saya tidak suka dan benci apabila dituduh gay,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar pelakon drama Nur itu lagi, dia terpaksa bersuara apabila netizen mula melemparkan tuduhan terhadapnya secara berlebihan gara-gara berkongsi gambar menayang bentuk badannya dalam Instagram baru-baru ini.
Mengakui apa yang dia lakukan itu salah, Atiq menerima secara terbuka teguran yang diberikan kepadanya, namun menentang jika dilabel sebagai lelaki gay.
“Saya mengaku salah (berkongsi gambar badan). Saya terima teguran orang. Cuma saya tidak boleh terima bila dituduh gay.
“Saya boleh terima jika mereka (peminat gay) menyukai saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau lebih daripada itu, memang saya tidak suka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Atiq juga menepis dakwaan mengatakan dirinya sengaja mencari perhatian atau publisiti kerana menayang bentuk badannya dalam media sosial, sebaliknya hanya mengikut trend yang dilakukan oleh lelaki lain yang bersenam di gimnasium.
“Saya tidak mencari publisiti. Saya hanya ikut trend dan akui perkara itu salah. Saya sudah pun memadam gambar tersebut dalam media sosial,” jelasnya.
Gara-gara menyuarakan tentangan terhadap golongan LGBTQ, Atiq juga tidak terlepas apabila dituduh terlalu lantang oleh kelompok tersebut.
Bagaimanapun, pelakon bertubuh sasa itu tidak kisah dengan tanggapan mereka kerana menganggap apa yang disuarakannya adalah perkara benar.
“Lantaklah apa nak cakap. Saya rasa tidak salah. Ada ramai lagi artis lelaki lain yang kongsi gambar sebegitu, tetapi kenapa tak kena kecam dan dituduh gay?
“Mungkin hanya sebab saya berwajah jambu dan bibir merah, jadi mereka anggap saya begitu,” kata Atiq yang ditemui pada majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan RTM 2023 di Angkasapuri, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Atiq berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki sebagai bidang baharu dalam dunia perniagaan.
“Sekarang saya ada menjalankan perniagaan produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki. Ada pencuci muka dan serum.
“Sekurang-kurangnya perniagan ini boleh membantu saya menjana pendapatan jika tidak mendapat tawaran berlakon pada masa hadapan. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Halah halahhhhhh.. kau sendiri keluar dgn gay tu kan.. iols lagi ramai kawan jantan straight berbanding gayah. Ok jah deols siap gurau dgn iols, takde meroyan pun macam kau. Tak malu pun kawan dgn iols. Siap ajak minum2 kopi2 dengan deols. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngaku jelah abis cite. Xde sapa kisah pun. Bukan best pun ko berlakon, jual je produk ko cam gerak geri gasing tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Atiq ni mcm takde produk baru pun.
Asyik cobaan up diri dengan cerita2 camni.
Dahlah tak hensem |
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas ada iras2 adib pisang cheese biasa maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kau yg meminta2, posing shirtless, buat muka gersang.
Hujung2 benci pulak.
Podahhh |
|
|
|
|
|
|
|
kikikiki. ye lah. yg penting ada leak... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp customer target ko pun dh tentu LGBTQRSTUVWXYZ jugak kan? Pastu nk hina ajet membenci and menentang. Dasar apartheid mane ko guna kan ini atiqah? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ok je berlakon. Tak kayu |
|
|
|
|
|
|
|
halahh halahh apoo benda ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaahhh main benci benci pulakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua2 cakap,jangan benci2 sangat,
Nanti lama2 jadi sayang
|
|
|
|
|
|
|
|
eely_shana: Dia ni ok je berlakon. Tak kay ...
X kayu apenyer.. tgk citer Rasuk die berlakon tu kayu je. Takat jual rupa je la.. tp klu ikut rupa pun byk yg lg jambu tapi x berangan mcm mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah, selalu nya yang defensive sngt mcm ni sbnrnya…… paham2 aja lah. Hidup LGBTQ+????✊???? |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata poremer otai dulu-dulu, kemut keliling
|
|
|
|
|
|
|
| |
|