View: 7517|Reply: 14
|
Dua Lelaki Bergaduh Guna Senjata Tajam, Berebut Isteri Orang
[Copy link]
|
|
SURABAYA – Gara-gara berebut wanita bergelar isteri orang, dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah warung sehingga cedera akibat menggunakan senjata tajam.
Kompas melaporkan, pergaduhan itu berlaku di depan sebuah warung kopi di Surabaya, wilayah Jawa Timur pada Isnin lalu. Berikutan kejadian tersebut, kedua-dua lelaki tersebut cedera pada telapak tangan dan terpaksa dirawat di sebuah hospital.
Kedua-duanya dikatakan bergaduh kerana berebut seorang wanita yang masih bergelar isteri kepada seorang lelaki lain.
Gambar Hiasan
Bapa kepada wanita tersebut berkata, perkahwinan anaknya sememangnya sedang bermasalah.
Walaupun mengalami keretakan hubungan, anak perempuannya itu berkahwin dengan salah seorang lelaki yang bergaduh itu, dikenali sebagai WH, walaupun masih bergelar isteri.
Dia kemudian menjalinkan pula hubungan sulit dengan lelaki kedua, AG, yang menjadi punca pergaduhan antara kedua-dua mereka.
“Selepas berkenalan dengan AG, dia jarang pulang. Hanya dua minggu sekali,” kata bapa wanita tersebut seperti dipetik daripada laman berita TribunJatim.
Dalam pergaduhan tersebut, AG datang dengan menyembunyikan sebilah parang sepanjang 30 sentimeter (sm) di dalam kain pelekat yang dipakai sebelum berlaku pergaduhan antara dia dan WH. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Indon dan kisah merepek berpisah lambat. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni skandal lebih garang dari somi @ isteri....jgn main² |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss ni xda yg nk rebutkan ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni la kalau jantan bermadu, bergaduh lagi teruk dr betina.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti muka wanita tersebut below par.. Tapi sweet talker.
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon bengap betul.. Cam bohsia murah dah kawen 2 orang serentak kemudian skandal lagi...
Kalau kt luar negara dgr cerita indon byk ada laki/isteri pinjaman walaupun dah ada laki/isteri kt indon... |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya suami bgaduh ngan lelaki simpanan isteri la...baca tajuk aq ingatkan dua lelaki ni berebutkan isteri org lain |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 8-3-2023 11:23 AM
mcm ni la kalau jantan bermadu, bergaduh lagi teruk dr betina..
Nothing but the truth kan sister. Tapi jantan kecam ummah pompuan yang anti poligami ni macam ntah hapa ja. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 9-3-2023 05:14 AM
Nothing but the truth kan sister. Tapi jantan kecam ummah pompuan yang anti poligami ni macam ntah ...
kan.. kehkehkehkehkeh… kalau bini yg curang, dineraka jahanamkan bini, yg jantan curang siap pukul bini tak bagi nafkah tu nk letak kt neraka mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kawan iols cerita, katanya ada 2 group budak motor bergaduh besar dekat dataran merdeka sebab berebutkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya sebab nak mencelup...itu je la dalam kepala diaorang |
|
|
|
|
|
|
|
muka nya mcm ratu dangdut pandai bergelek kah
yg berebut sgt |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat aku ini klu kisah indon...rasa terkeliru dgn corak kehidupan mereka.
1. satu kisah, hari ini bercerai (si pompuan) esok terus nikah lain (kawen dgn kawan kepada bekas suami dia) x de tggu edah apa pun.
2. kat indon ada suami, kerja di Malaysia nikah satu lagi. bila dah tamat kontrak baliklah ke indon jumpa suami dia. boleh tanya samada ada suami nie nak terima dia atau tidak siap bawa balik anak2 dgn 'suami' lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|