CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 2

Pakar Bedah Tersalah Buat Penilaian, Habis Dipotong Zakar Pesakit

[Copy link]
Post time 8-3-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Rom: Seorang pakar bedah di Itali disiasat oleh pegawai kesihatan tertinggi negara itu kerana tersilap memotong kemaluan pesakit.


Metro UK melaporkan, pakar urologi berusia 30 tahun itu melakukan pembedahan membuang alat sulit itu pesakit berkenaan sebulan selepas mengesahkan lelaki itu yang dipercayai berusia 60-an, menghidap barah.


Laporan menunjukkan pembedahan membuang alat sulit itu berjalan lancar, namun analisis kemudian mendedahkan tiada sebab untuk prosedur itu dilakukan.




Gambar Hiasan: Healthline




Pesakit itu kini menuntut pampasan daripada doktor yang mengendalikan pembedahan di Hospital San Donato di Arezzo, Tuscany, pada 13 November 2018 itu.


Perbicaraan kes itu dijangka bermula 9 Mac (semalam).


Kes serupa pernah dilaporkan di Perancis pada Disember tahun lalu, selepas beberapa siri kesilapan mengakibatkan 'kehilangan' alat sulit lelaki di Hospital Universiti Nantes.


Lelaki itu, yang dilaporkan berusia 30-an, berkata, pembedahan itu menyebabkan dia tidak lagi 'berasa apa-apa'.


"Saya benci dengan doktor ini yang tidak mendengar cakap saya.


"...hati saya benar-benar hancur dan ia sangat memalukan," kata mangsa yang tidak dinamakan itu kepada agensi media tempatan, France Bleu.


Bagi kes di Perancis, lelaki itu menuntut ganti rugi 1 juta euro (kira-kira RM4.8 juta). Bagaimanapun, laporan tempatan menyatakan mangsa hanya menerima pampasan 62,000 euro iaitu kira-kira RM294,000. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 09:45 PM | Show all posts
@Kurex pakar urologi bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 8-3-2023 09:45 PM
@Kurex pakar urologi bukan?

Iols pakar menentukan kekuatan zakar seseorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.479338 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list