CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 0

Kembar Paling Pramatang Dunia Cipta Rekod, Sambut Hari Lahir Pertama

[Copy link]
Post time 8-3-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Sepasang bayi lelaki dan perempuan di Kanada yang lahir hampir empat bulan sebelum tarikh sepatutnya, menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang pertama, baru-baru ini.


Sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan mencipta Rekod Dunia Guinness sebagai bayi kembar paling pramatang.




ADIAH (kanan) dan Adrial dilahirkan pada usia kandungan 22 minggu atau 126 hari lebih awal. - AGENSI





Adiah dan Adrial Nadarajah berasal dari Kanada yang lahir hampir empat bulan sebelum tarikh sepatutnya, menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang pertama pada 4 Mac lalu.


Pasangan kembar itu dilahirkan pada usia kandungan 22 minggu atau 126 hari lebih awal berbanding tarikh jangkaan kelahiran mereka.  


Adiah dan Adrial berjaya memecahkan satu hari rekod sebelum ini yang dicatatkan oleh bayi kembar pramatang dari Amerika Syarikat (AS) pada 2018.  


Rekod Dunia Guinness menerusi laman sesawang memaklumkan Adiah dan Adrial yang masing-masing memiliki berat hanya 330 gram dan 420 gram, juga merupakan kembar paling ringan semasa dilahirkan.


Menurut ibu bapa pasangan kembar itu, mereka diberitahu oleh doktor bahawa harapan kedua-dua anaknya itu hidup tipis selepas lahir dalam keadaan pramatang.


“Apabila saya bersalin, kedua bayi saya dinafikan hak untuk hidup dan hampir dibiarkan untuk mati,” kata ibu kembar itu, Shakina Rajendram.


Rekod Dunia Guinness turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan kembar itu sedang duduk di atas sofa bersebelahan sijil berbingkai pengiktirafan yang diterima.


Dalam gambar itu, Adiah kelihatan terkejut dengan mulutnya terbuka manakala abangnya, Adrial pula dilihat termenung.


Bayi kembar itu digambarkan sebagai sangat kurus dengan kulit sangat nipis semasa dilahirkan.


Selepas enam bulan berada di hospital yang menyaksikan doktor menangani beberapa komplikasi termasuk pendarahan otak dan sepsis, bayi kembar itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.


Sejak itu, menurut agensi pengiktirafan itu, berat badan Adiah bertambah sehingga 18 kali ganda.


Adrial pula mengalami masalah pernafasan dan jangkitan sehingga terpaksa kembali mendapatkan rawatan di hospital selama dua kali namun dia masih membesar dengan baik.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.357650 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list